Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Kenapa Lelaki Tak Suka Wanita Kuat Merajuk




Kenapa Lelaki tak suka wanita yang kuat merajuk? Seperti yang korang tahu, merajuk dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Mungkin bagi seseorang wanita, merajuk membantu mereka mewarnakan hari percintaan mereka. Tetapi adakah lelaki suka wanita yang suka/kuat merajuk. Jawapannya adalah TIDAK!!! Mungkin ada lelaki yang suka untuk memujuk. Tapi percayalah, tak ada lelaki dalam dunia ini tidak akan cepat bosan apabila pasangan mereka sangat kuat merajuk.

Jadi ini adalah beberapa alasan kenapa lelaki sememangnya tidak suka kepada wanita yang kuat merajuk. Mari kita baca sama-sama.

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepkorangian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Ha macam mana dah puas baca ??? apa lagi komen lah kehkehkeh ...


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

5 comments:

Unknown said...

no ... comment

chocolatemoist09 said...

tak payah comment ...

Unknown said...

jangan ngada-ngada sangatlah. hehehe..

el said...

xsemua org laki x suka pompuan merajuk
ada yg segelintir mmg suka pompuan merajuk n suka memujuk
untunglah lau dpt yg segelintir tu haha

chocolatemoist09 said...

betul 2 el ... bukan untung je tapi bahagia tahap gaban! keh.keh.keh