Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

#HARGA MINYAK NAIK 20SEN#

.Assalamualaikum.


"Harga minyak naik 20sen kecoh satu malaya. Harga rokok naik 50sen elok je orang beli. 
Isi minyak kereta jalan, Isap rokok siapa yang jalan???
#renung-renungkanlah ye... ^_*#"



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

KL GANGSTER 2 FULL MOVIE

.Assalamualaikum.

Errrr kecoh sekarang dengan tayangan KL Gangster 2 kat laman-laman sosial. Siapalah yang tak bertanggungjawab buat kerja macam tu. Filem ni dijangka akan keluar pada 03.10.203 depan. Tapi ada orang yang tidak bertanggungjawab telah membocorkan hasil kerja ini di internet. Siapakah yang tidak bertanggungjawab yang membocorkan filem ini di internet? 

Berhubung punca kebocoran KL Gangster 2 kepada umum, penerbitnya, Yusof Haslam memberitahu bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam, dipetik dari Sinar Harian.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu."

Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

"Filem yang berbentuk digital format itu memang senang untuk disalin malah boleh dimuatnaik terus ke internet untuk tontonan secara percuma."

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni. Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri." 


Jom ramai-ramai penuhkan pawagam pada 03.10.2013. Hargai penat lelah production buat filem ni. 
(hakikatnya fie kurang menonton filem Melayu... ngehh3)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥