Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

DIHALAU "AIR ASIA"

 .Assalammualaikum.

uissshhhh... seram sejuk baca tajuk... di mana sifat kemanusiaan orang sekarang eak... kepelikan aku dengan isu-isu semasa sekarang ni... dengan abaikan anak OKU dalam keadaan macam tu...errkkk macam lari tajuk je aku ni. hahah
Actually sekarang macam-macam perkara jadi dengan isu culik kanak-kanak jual organ... itulah...inilah...begitulah...beginilah... sampai nak keluar rumah g mana-mana fikir sampai 2 3 kali (padahal penyakit pemalas) hahaha
Ok, berbalik kes dihalau dengan "Air Asia" aku rasa tak patut kot dorang buat macam tu lagi-lagi tengah dalam keadaan darurat senang kata... 
kan dan sah-sah dorang balik sebab nak melawat "Jenazah Bapa dorang"... kenapa mesti nak macam-macam lepas dorang dah lepas semua pusat kawalan kat KLIA tu. tup2 kena halau keluar dari "flight" atas alasan wife dia tengah preggy masuk 7bulan. 

"Sepasang suami isteri dan anak yang bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri majlis pengkebumian bapa gagal melakasanakan niat tersebut akibat “dihalau” oleh Air Asia.
Air Asia enggan membenarkan pasangan tersebut menaiki penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu malam tadi atas alasan wanita terbabit sedang mengandung 7 bulan.
Menurut seorang pengguna Facebook mempersoalkan mengapa pasangan ini dibenarkan oleh Malaysia Airlines untuk terbang selama 5 jam dari Seoul, Korea ke Kuala Lumpur tetapi dihalang oleh Air Asia yang perjalanan mereka hanya memakan masa sekitar 40 minit?"


Haissshhhh...apa susahnya...prosidur manusia yg buat...bagi dia sign satu borang..kalau berlaku dlm penerbangan adalah tanggungjawap sendiri...boleh je kan..ni atas dasar darurat atau kemanusiaan... 

p/s: En. Tersayang kalau kita nak flight tak nak naik  "Air Asia" tau... takut kena halau sebab tengok keadaan perut kita. kehkeh

♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Penerbangan #MH370 Berakhir Di Lautan Hindi.

.Assalammualaikum.

  
Teramat sedih atas tragedi #MH370 . Salam takziah dan al-fatihah kepada ahli-ahli keluarga para penumpang dan anak kapal. #MengenangMH370







♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

KENAPA AKU SERING DIUJI?

.Assalamualaikum.

“Ya Allah, beratnya ujian ini!”
“Sampai bila aku harus diuji begini?”
“Kenapa mesti aku diuji, bukan orang lain yang diuji?”

Sejak akhir-akhir ini aku selalu diuji dengan ujian yang tidak pernah diduga. Kadang-kadang ianya datang ketika aku bergembira. Datangnya juga ia kadang-kadang membuat aku menderita. Ujian yang tidak pernah kenal erti ‘tuan’ mahupun ‘hamba’, kerana semuanya telah pun ditulis diatas sana, apa yang sedang dan akan terjadi kepada insan yang bernama manusia.
Hidup ini seperti roda, kadang-kadang kita kuat diatas sana, tetapi kadang-kadang kita lemah jatuh kebawah.


Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah…


KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-akung dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih akung kita cuma seraut, kasih akung Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-akung Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih akung Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”


“Terima kasih Ya Allah kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

SEMOGA PESAWAT MILIK MAS MH370 CEPAT DIJUMPAI

.Assalamualaikum.


Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.

...Sesungguhnya ALLAH MAHA BERKUASA.."Kun Fa Ya Kun" Maka Terjadilah Serta Merta..Jadikan Ini Sebagai Pengajaran Dan Panduan Hidup...

♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

... Perkhidmatan Servis Astro Yang Terbaik ...

 .Assalamualaikum.

G.r.r.... malasnya nak menaip... haha tapi disebabkan ada perkara yang buat hati membara… terpaksa jugala menaip walaupun tak panjang mana.. keh.keh.keh

Cerita aku ni ada kena mengena dengan pihak Astro sebenarnya… pepagi nak pergi kerja Mak aku bagitahu Astro dah kena sekat angin satu badan aku pepagi….

Mak    : P*** Astro macam dah kena sekat je.

Aku    : Pergi depan TV tekan channel (sebab nak try) keluar “your card inactive please… bla..bla..bla..” malas nak taip. Haha

Mak    : Dah kena potong ke?

Aku    : Haah… (jawab dengan malas sekali!) anak durhaka haha

Mak    : Pergi bayar… ma nak tengok TV bosan duduk rumah sorang-sorang…

Aku    : Ok Ma….

Lepas tu aku pergi kerja macam biasa…tengah sedap-sedap breakfast ada panggilan masuk… spoil… aku angkat+jawab dengan nada malas. (haha)

Aku    : Hello… siapa ni?

No. Sesat     : Boleh saya bercakap dengan Cik Nor****** Binti Mohamed Z******

Aku    : Ye saya.. awak ni dari mana?

No. Sesat     : Saya wakil pihak ASTRO.

Aku    : Ye saya tau.. saya baru nak buat bayaran hari ni.. busy tak sempat (padahal tahap kemalasan  yang membuatkan malas nak g bayar last2 padan muka kena potong. Hahaha)

No. Sesat     : Err macam ni Cik Afi*** pihak kami menawarkan kepada pihak Cik tawaran dalam erti kata Rebate yang tidak memerlukan Cik Af*** membayar jumlah tertunggak. Cik Af*** hanya perlu menjelaskan sebanyak RM 20.00 untuk penyambungan semula.

Aku    : Hurmmm saya ada 2 no akaun dekat ASTRO ni. Betul ke yang dapat tawaran ni no akaun saya yang 085******. Kang tetiba salah pulak nanti.

ASTRO          : Betul Cik Af**** mengikut data kita memang no akaun tu yang dapat Rebate. Jadi Cik Af**** cuma perlu bayar RM 20.00 untuk penyambungan.

Aku    : Ok. Saya bayar RM 20-00 tu hari ni.

ASTRO          : Sebelah petang saya akan hubungi Cik Af**** semula untuk mengesahkan bayaran tersebut.

Aku    : Ok. (Dalam hati aku jawab bab bayaran cepat je)

Lunch time aku mintak budak office boy aku g bayarkan bill tu kat TM Point. Belah petang aku dapat panggilan dari pihak ASTRO tu cakap bayaran jumlah tu tak masuk lagi dalam akaun aku… myb system macam siput kot… sebab tu lambat masuk. Then aku Tanya bila penyambungan boleh di buat. Penyambungan akan dilakukan dalam tempoh 3hari bekerja. Dalam hati baik aku bayar semua je tadi. Penyambungan tak sampai 3jam -_-“.

Lepas 3hari aku call balik ASTRO… dail punya dail…. Maaf… kakitangan pihak kami ketika ini sedang sibuk..bla.bla..bla…
Tapi aku tak berputus asa… aku call balik (hahaha)

ASTRO          :        Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Ada apa-apa yang boleh pihak kami bantu cik (dalam hati aku call ni memang nak kan bantuan kalau tak takkan aku nak call saje2 je kot -_-“)

Aku    : Saya Nora*********** no ic saya ***********

ASTRO          : Sebentar cik saya buat semakan.

Aku    : Tunggu….Tunggu…dan Tunggu….

ASTRO          : ok Cik Af**** ada apa-apa yang perlu kami bantu?

Aku    : Ye… 3hari lepas saya terima panggilan daripada ASTRO mengatakan yang saya punya akaun ni dapat Rebate. Pihak ASTRO mintak saya jelaskan RM 20-00 sebagai penyambungan dan saya dah pun buat bayaran tu di mesim TM Point. Jadi boleh saya tau bila boleh sambungkan semula perkhidmatan tu??? Sebab kata 3 hari bekerja je kan.

ASTRO          : Ok cik sebentar saya buat semakan…

Aku    : ok.. (dalam hati tetap nak menjawab asik buat semakan je) keh3

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok cik Af**** sepertimana semakan di dalam data pihak kami tidak ada membuat mana-mana panggilan kepada Cik Af****.

Aku    : Plak…. Habis siapa plak yang call saya tu.

ASTRO          : Sebentar saya buat semakan…

Aku    : Again……

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** mungkin yang membuat panggilan tersebut daripada agent kami. Sebab sebagaimana data Rebate tersebut telahpun berakhir akhir bulan 12 tahun lepas. Tetapi pihak kami akan membuat semakan tentang panggilan dan Rebate tersebut.

Aku    : Tak kisahla macam manapun… yang saya tahu akaun saya tu kena aktivkan balik saya dah buat bayaran macam mana pihak awak suruh jelaskan.

ASTRO          : Pihak kami akan cuba secepat yang mungkin. Ada apa-apa lagi yang perlu kami bantu cik??

Aku    : Tak ada. Terima kasih.

ASTRO          : Ok cik Af**** terima kasih kerana menghubungi pihak kami.

G.r.r….. geram je call… 20 minit kot masa habis macam tu je bercakap dalam telefon. Buat bill melambung je… Hurmmm tak silap aku esoknya kot astro kat rumah aku tu sambung balik… ok fine terima kasih kerana memberi kerjasama. Hahaha

After seminggu… akaun ASTRO aku deactive balik… G.r.r…… sangat2 geram…. Sangat2 tak suka nak kena call2 bagai ni.. macam buang masa plak… sebab soalan and jawapan pasti akan sama je..

Last2… aku pergi customer service dekat BP Mall… puan saya nak tanyala kenapa akaun saya deactive balik sedangkan saya dah buat bayaran. Sebab sebelum ni saya dapat panggilan daripada pihak ASTRO mengatakan akaun saya dapat Rebate+++ bla…bla…bla… (harap maklum malas nak taip sebab soalan sama je) haha.

COUSTMER SERVISE           : ikut prosedur memang macam tu cik. Penyambungan akan dilakukan dalam masa 1 minggu sebab pihak ASTRO kena buat semakan berkenaan Rebate tersebut.

Aku    : Masalahnya saya dah bayar…. Sambung seminggu after that potong balik. Dahla setiap kali penyambungan kena caj RM 20-00. Nak berapa banyak sedekah.

ASTRO          : Kita tak boleh buat apa-apa selagi bayaran tu tak masuk dalam data cik.

S***** Aku     : Mana boleh u all buat macam ni. Dah sambung lepas tu potong balik. Then caj customer. Sepuluh kali potong sepuluh kali nak bayar caj tu??? Suruh kita bayar.. bila dah bayar jadi macam ni plak. Baik tak payah bagi apa-apa Rebate. Means sama je jumlah penyambungan dengan Rebate tu. (dengan sinis s***** aku jawab) haha amik kau -_-“

Aku    : Tak apala kalau macam tu. Terima kasih ye sebab bagi penerangan yang sama je. (hahah jahat btul aku)

Lepas dari seminggu… sama je… penyambungan tu tak di lakukan pun… aku rasa seminggu adalah 2 3 kali aku call. Tapi malas nak menaip sebab soalan and jawapan tetap sama… sakit hati -_-“

Dah masuk 2 minggu aku call balik tanya kenapa akaun still tak active….

ASTRO          :        Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Ada apa-apa yang boleh pihak kami bantu cik (dalam hati aku call ni memang nak kan bantuan kalau tak takkan aku nak call saje2 je kot -_-“)

Aku    : Saya Nora*********** no ic saya ***********

ASTRO          : Sebentar cik saya buat semakan.

Aku    : Tunggu….Tunggu…dan Tunggu….

ASTRO          : ok Cik Af**** ada apa-apa yang perlu kami bantu?

Aku    : Ye… 2minggu lepas saya terima panggilan daripada ASTRO mengatakan yang saya punya akaun ni dapat Rebate. Pihak ASTRO mintak saya jelaskan RM 20-00 sebagai penyambungan dan saya dah pun buat bayaran tu di mesim TM Point. Sekarang ni dah nak masuk setengah bulan still tak active. Macam mana boleh jadi macam ni. Dah suruh bayar. Kita dah bayar. Tapi jadi macam ni. Baik tak payah bagi Rebate.

ASTRO          : Ok cik sebentar saya buat semakan…

Aku    : ok.. (dalam hati tetap nak menjawab asik buat semakan je nasib suara mamat ni merdu macam anuar zain) haha

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok cik Af**** sepertimana semakan di dalam data pihak kami tidak ada membuat mana-mana panggilan kepada Cik Af****.

Aku    : Plak…. 2minggu lepas macam tu juga pihak awak cakap. Kalau tak ada dapat apa2 Rebate just bagitahu je… tak payah menyusahkan orang mcam ni banyak kali nak kena call. Ada banyak kerja lagi saya nak buat.

ASTRO          : Sebentar saya buat semakan…

Aku    : Again……

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** mungkin yang membuat panggilan tersebut daripada agent kami. Sebab sebagaimana data Rebate tersebut telahpun berakhir akhir bulan 12 tahun lepas~~~. Tetapi pihak kami akan membuat semakan tentang panggilan dan Rebate tersebut.

Aku    : Tak kisahla macam manapun… saya nak awak buat semakan sekarang juga akaun saya tu terima Rebate ke tak. Tu je..

ASTRO          : Sebentar saya buat semakan…

Aku    : Again……

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** di sini saya ingin memohon maaf di atas kesilapan agent kami menghubungi pihak cik Af**** dengan menawarkan Rebate tersebut. Sepertimana semakan kami dapati akaun cik Af**** yang menerima Rebate tersebut adalah 0910**** dan bukanlah 085**** seperti yang Agent kami sampaikan.

Aku    : wait… sekarang ni saya rasa sangat2 marah. Kenapa pihak awak tak ada hubungi saya terangkan kesilapan tersebut. Dekat setengah bulan kot saya tunggu call macam orang apa. Saya banyak lagi kerja nak buat dari nak call pihak awak banyak2 kali tau tak…

ASTRO          : saya tau cik Af**** pihak kami mohon maaf di atas kesilapan tersebut.

Aku    : Awak taukan customer is always right??? Tak boleh la pihak awak macam tu. Bila kita tak bayar pihak awak kejar-kejar suruh bayar. Bila jadi macam ni ada pihak yang terangkan kembali pada saya??? Kalau saya tak buat complaint myb lepas ni kena kat orang lain. Berlaku kat orang lain.

ASTRO          : Ye cik Af**** betul apa cik cakap… pihak kami akan membuat semakan semula ke atas tawaran Rebate yang cik Af*** cakapkan tu. Sekiranya Cik Af*** tidak mahukan Rebate tersebut Cik Af**** haya perlu menjelaskan kesemua jumlah yang tertunggak tersebut dan pihak kami akan membuat penyambungan seperti biasa…

Aku    : Saya tau awak pun menjalankan tugas juga tapi bila difikirkan balik kalau tak esok lusa benda ni jadi kat orang lain pulak. Sebelum ni bayar auto debit memang tak ada apa-apa masalah… tapi yang menjadi masalahnya potong mak ai… sekali banyak. Padahal pakej biasa je kot… mustika pun tak ada. Tapi potong melalui debit macam langgan HBO.. so funny….

ASTRO          : Macam ni Cik Af**** sepertimana yang saya katakan tadi sekiranya cik Afidah tidak mahu tawaran Rebate tersebut cik Af**** hanya perlu jelaskan jumlah yang tertunggak. Tetapi mengikut semakan Akaun Cik 085****** memang tak dapat mana-mana Rebate yang menerima Rebate adalah akaun 095****** tersebut. Sekiranya pihak cik nakkan juga Rebate tersebut pihak kami akan memasukkan akaun cik tersebut sebagai penerima Rebate tersebut. Akan tetapi mungkin mengambil masa seminggu atau lebih.

Aku    : Kalau saya bekeras nakkan juga Rebate tu juga macam mana. Sebab hal ni bukan salah saya. Pihak awak yang call beriya-iya bagitahu yang akaun saya ni dapat Rebate. So tak salah kan kalau saya nakkan juga Rebate tu??? (G.r.r….. geram tau tak… -_-“)

ASTRO          : Macam saya cakap tadi saya kena buat semakan semula dan kena dapatkan semula no telefon dan id pihak yang call Cik tu. Selagi tak dapat panggilan dari agent tu siapa yang call pihak kami memang tak boleh buat apa-apa.

Aku    : Tak apalah encik… saya jelaskan semua yang tertunggak tu.. RM 128.80 kan… Hari ni juga saya bayar. Penyambungan amik berapa lama plak?

ASTRO          : Selepas cik buat pembayaran cik hubungi costumer servise untuk penyambungan semula dan pihak kami akan sambungan dalam masa 3jam.

Aku    : Ok. Terima Kasih. I’m sorry kalau ada terkasar bahasa. Tapi customer berhak bersuara macam mana sekalipun. Sebab dalam hal ni yang salah pihak awak bukan saya. Jadi tolong ambil perhatian sikit pasal ni. Kemungkinan besar kena kat orang lain plak.

ASTRO          : Sama-sama. Tak apa Cik saya faham. Saya juga mohon maaf kerana terpaksa menunggu lama di dalam talian.

Hari tu juga aku g buat bayaran jumlah yang tertunggak tu. Tapi aku buat bayaran kat kaunter Maybank Berhad. Nak bayar dan…danlah… system off line bagai… nak bayar
kat mesin TM Point kang lambat pulak payment dia masuk nanti.

Lagi sekali aku call costumer servise bagitahu yang aku dah bayar. Then aku tanya boleh sambung hari ni juga tak. Ehhh dia jawab pulak dalam masa seminggu baru boleh sambung. Tak ke hangin aku satu badan -_-“ G.r.r……

Aku apa lagi..semburla bagitahu tak bayar macam ni dah bayar pun macam ni juga ke??? Dahlah setiap penyambungan kena caj RM 20-00. Baik aku tak payah g bayar tadi keluar tengah-tengah panas semata-mata nak bayar bill. Hangin….hangin….

Mak aku dok asik call… kenapa tak sambung lagi.. aku jawabla…
Ma… ASTRO ni dah nak bankrupt kot sebab tu banyak sangat cengkadak dia. Dah bayar pun banyak songeh juga… “

Pada aku kan… hal macam ni tak patut jadi kat sesiapa sebab menyusahkan orang sebab orang banyak lagi urusan yang nak diuruskan dripada duk melayan karenah ASTRO ni. Sebelum ni memang guna auto debit je bayar… tapi dekat setahun bayar melalui auto debit tengok melalui penyata akaun bayaran yang ditolak tak menepati bayaran bulanan yang kita langgan. Dahlah caj tax dia je dah berapa ringgit… pas tu penyambungan kena caj lagi… sepanjang bayar guna auto debit sekeping bill langsung tak pernah sampai kat rumah… jangankan bill… sampul surat daripada ASTRO pun tak pernah sampai.. Nampak tak permainan dia -_-“. Dahlah siaran sama je… berulang2 dalam satu hari tu.

Kita pengguna berhak untuk bersuara sebab kita bayar siaran dia sebab nakkan perkhidmatan yang ok. Kononya bertukar kepada B-yond siaran takkan terganggu kalau hujan or apa-apa. Tapi sama je… siaran tetap terganggu kalau hujan. Jadi adil ke apa yang kita bayar tiap-tiap bulan tu dengan perkhidmatan yang dia bagi tu??? Bukan nak bersikap kurang ajar or apa… tapi customer is always right…  lagi-lagi dalam hal macam ni… betul tak???

So apa kata kita ramai-ramai like laman ni ngeh3x…


Hahah dahla.. penat aku menaip pasal ASTRO ni.. buat hangin aku satu badan je…


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Holiday With Family @ LoTuS DeSaRu BeAcH ReSoRt

 .Assalamualaikum.

Eh jap .. nak minum jap.. haus lak time nak menaip entry ni.. kekekek.. jap ehh.. ** okey dah minum.. hehehe

Dalam entry ni aku nak citer bab bercuti dengan keluarga yg lalu.. dah nak basi rasanya kott..

Kitorang bertolak ke Desaru dalam pukul 10***... ni jelah percutian awal tahun kitorang..

Tak dapek le nak gi travel jauh2 sbb baby kakak aku kecik lagi.. desaru dah kira jauh gak tu.. haha.. 

Di pendekkan citer kami sampai kat resort dalam kol 1 lebih.. pas 2 check in sesi skodeng isi2 bilik di lakukan hahaha ..



(ni bilik kedua.. bilik utama tak sempat nak snap. keh3)

Tapi akibat terpandang swimming pool yang cantik aku abaikan bagasi aku dari dikemas kini. muahahah... serius... cantik sangat pemandangan berhadapan swimming pool ni.. boleh skodeng orang mandi. keh3.



(pemandangan daripada bilik yang family aku stay)







Nampak muka budak atas ni??? dia ni anak buah aku... time ni baru lepas berendam dalam waterpark.. keluar daripada waterpark tu dia cakap kat mama dengan papa dia :-

"Pa.... Ma.... Adam tak nak mandi... air tu dalam.. "

haha padahal dia orang paling teruja kot masa sampai kat waterpark tu.

sebelah malam aku tak kemana.. aku duduk dalam bilik je layan main game "Where is my water" aceceh siap taip bagai... sebab penat... kakak and abang ipar aku je yang keluar anak-anak dia semua dah tidur. selamat aku... hihi



ok... aku malas nak menaip dan sel-sel otak aku menunjukkan tak minat nak berhubung satu sama lain.. ngeh3... so....biarlah gambar yang berbicara ye. keh3.








  http://www.lotusdesaru.com.sg/

(haha nak juga masukkan gambar sendiri :P
*gambar di atas ni tiada kena mengena dengan entry di atas ye. hehe)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥