Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Wanita Menangis Sebab Cinta Adalah LOSER


Apa yang saya nak fokuskan disini adalah menangis kerana kasih sayang dalam perhubungan cinta.Menangis kerana bahagia disamping orang yang tersayang.Dalam hubungan pencintaan ramai wanita yang menangis disebabkan konflik negatif yang berlaku diantara pasangan,Tidak ramai yang menangis kerana gembira dengan hubungan.

Secara jujurnya bagi saya,wanita ini tidak akan gembira selagi hubungan pencintaan yang dibina walaupun berkurun lama tidak di’realisasikan ataupun di’sempurnakan dengan ikatan pernikahan yang sah.Kegembiraan yang di’kecapi semasa bercinta hanya sementara,selepas itu pasti hadir kesedihan apabila menghadapi sesuatu perkara yang tidak di’ingini.

Jadi tidak payah lah membazirkan airmata diatas perpisahan yang berlaku itu,bukan apa diri ini terasa meluat jika saya melihatkan perempuan menjadi bagai nak gila akibat putus cinta, kehilangan pasangan cintanya.Belajarlah menerima hakikat bahawa setiap pertemuan itu pastinya ada perpisahan tambahan lagi di’alam pencintaan yang kita tidak tahu penghujungnya


Jadi carilah pasangan hidup yang mampu membuatkan anda (Wanita) mengalirkan airmata kegembiraan di hari pernikahan anda.Jelas terasa “sweet”kot di situ.




♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

No comments: