Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Jom Hilangkan Mengantuk

.Assalamualaikum.

Korang mesti pernah rasa mengantuk gila masa kat pejabat atau time belajar tak pun mengadap komputer? Lagi-lagi kalau waktu malam sebelum tu mata korang tu tak hengat langsung nak lelap. kasi bukak luas-luas tengok bola atau buat aktiviti yang menyebabkan kornag lewat tidur ... Korang nak tidur kat tempat kerja atau time belajar? masa tengah menghadap komputer boleh pulak terlelap cehhhhh macam tu pun boleh ke ... kehkehkeh ... Jom skodeng tip hilangkan mengantuk kehkehkeh ... 
Pas ni korang jangan mengantuk-mengantuk lagi kat tempat kerja atau time belajar tau ....


1.   Hampiri kawasan bercahaya
Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.

2.   Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.

3.    Wangian aroma terapi
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

4.   Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.kan.kan

5.   Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

(“kalau fie kasi lelap sekejap kat meja 5-10 minit. Kehkehkeh-tapi time bos tak adala …”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

4 comments:

Bin Muhammad said...

Biasanye ngantuk mase tgh buat keje jer...selepas buat 5 perkara di atas, mengadap jer keje...ngantuk pun dtg semula...zzzz

chocolatemoist09 said...

@: Bin Muhammad
sabar jelah ... kehkehkeh

ZAELIS said...

terima kasih atas tips yg diberi...
mmg tgh mngntuk skrg...

Jujubabes said...

oleh kerana aku ni suri rumah tangge je, kalo ngantuk aku terus tidor je ..ajak anak aku tidur sekali :D krohh kroh ..