.Assalamualaikum.
mmmm tadi fie tengok "Semanis Kurma" episode S.I.H.I.R. C.I.N.T.A. sekarang ni kalau nak di ikutkan memang macam-macam kejadian yang dh berlaku. bukan setakat sihir cinta je... tapi macam-macam sihir... yelah bukan nak memburuk-burukkan seseorang tapi inilah hakikat sebuah kehidupan, pastinya ada cabaran, rintangan (erkk... macam sama je bunyinye.heheheh), semualah yang kadang-kadang membuatkan seseorang tu hilang pertimbangan dengan meminta pertolongan dengan cara yang terang-terang dimurkai ALLAH, semata-mata ingin mencapai kepuasan hidup. Tapi semua tu hanya kepuasan sementara kat dunia ... aniaya orang yang terang-terang tak bersalah, meruntuhkan kebahagiaan seseorang, menjatuhkan seseorang, buat orang merana ... Seronok ke dengan buat macam tu ??? Puas ke dengan semua tu ???? okeyla kalau nak cakap pasal perkara ni pun belum tentu habis. kan.kan.kan.
Jom baca kasi habis tanda-tanda kita or seseorang tu terkena "Sihir Cinta or Sihir Aniaya Seseorang" ...
- Tanda disihir: Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba2 jadi suka sgt dan nak kahwin,.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari, perkahwinan tiba2 dibatalkan, tiba2 dah malas layan suami/isteri..
- Bagaimana disihir? Selalu orang guna minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh2 selalu update dgn berita dlm newspaper utk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu
- Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran (ew!). Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)
- Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan
- Rawatan:
--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69
Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki
- Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi
- Jangan jumpa bomoh. Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam
- Banyak lagi pasal sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), penunduk (nasi kangkang), sihir tafrik (pemisah suami isteri).. ramai orang hilang pertimbangan dengan memilih jalan macam ni ... tapi yang pasti korang jangan cuba, try, test ye ... sayang korang!!!! ^_^
3 comments:
entri bagus untuk perkongsian...:)
Ilmu yang patut orang tau :)
ilmu yang sgt berguna ..
Post a Comment