.Assalamualaikum.
G.r.r.... malasnya nak menaip... haha tapi disebabkan ada perkara yang buat
hati membara… terpaksa jugala menaip walaupun tak panjang mana.. keh.keh.keh
Cerita aku ni ada kena mengena
dengan pihak Astro sebenarnya… pepagi nak pergi kerja Mak aku bagitahu Astro
dah kena sekat angin satu badan aku pepagi….
Mak : P*** Astro macam dah kena sekat je.
Aku : Pergi depan TV tekan channel (sebab nak try) keluar “your card inactive please… bla..bla..bla..”
malas nak taip. Haha
Mak : Dah kena potong ke?
Aku : Haah… (jawab dengan malas
sekali!) anak durhaka haha
Mak : Pergi bayar… ma nak tengok TV bosan duduk rumah sorang-sorang…
Aku : Ok Ma….
Lepas tu aku pergi kerja macam
biasa…tengah sedap-sedap breakfast ada panggilan masuk… spoil… aku angkat+jawab
dengan nada malas. (haha)
Aku : Hello… siapa ni?
No. Sesat : Boleh saya bercakap dengan Cik Nor****** Binti Mohamed Z******
Aku : Ye saya.. awak ni dari mana?
No. Sesat : Saya wakil pihak ASTRO.
Aku : Ye saya tau.. saya baru nak buat bayaran hari ni.. busy tak
sempat (padahal tahap kemalasan yang membuatkan malas nak g bayar last2 padan
muka kena potong. Hahaha)
No. Sesat : Err macam ni Cik Afi*** pihak kami menawarkan kepada pihak Cik
tawaran dalam erti kata Rebate yang tidak memerlukan Cik Af*** membayar jumlah
tertunggak. Cik Af*** hanya perlu menjelaskan sebanyak RM 20.00 untuk penyambungan
semula.
Aku : Hurmmm saya ada 2 no akaun dekat ASTRO ni. Betul ke yang dapat
tawaran ni no akaun saya yang 085******. Kang tetiba salah pulak nanti.
ASTRO : Betul Cik Af**** mengikut data kita memang no akaun tu
yang dapat Rebate. Jadi Cik Af**** cuma perlu bayar RM 20.00 untuk
penyambungan.
Aku : Ok. Saya bayar RM 20-00 tu hari ni.
ASTRO : Sebelah petang saya akan hubungi Cik Af**** semula untuk
mengesahkan bayaran tersebut.
Aku : Ok. (Dalam hati aku jawab
bab bayaran cepat je)
Lunch time aku mintak budak
office boy aku g bayarkan bill tu kat TM Point. Belah petang aku dapat
panggilan dari pihak ASTRO tu cakap bayaran jumlah tu tak masuk lagi dalam
akaun aku… myb system macam siput kot… sebab tu lambat masuk. Then aku Tanya
bila penyambungan boleh di buat. Penyambungan akan dilakukan dalam tempoh 3hari
bekerja. Dalam hati baik aku bayar semua je tadi. Penyambungan tak sampai 3jam
-_-“.
Lepas 3hari aku call balik ASTRO…
dail punya dail…. Maaf… kakitangan pihak kami ketika ini sedang sibuk..bla.bla..bla…
Tapi aku tak berputus asa… aku
call balik (hahaha)
ASTRO : Terima kasih
kerana menghubungi pihak kami. Ada apa-apa yang boleh pihak kami bantu cik (dalam hati aku call ni memang nak kan
bantuan kalau tak takkan aku nak call saje2 je kot -_-“)
Aku : Saya Nora*********** no ic saya ***********
ASTRO : Sebentar cik saya buat semakan.
Aku : Tunggu….Tunggu…dan Tunggu….
ASTRO : ok Cik Af**** ada apa-apa yang perlu kami bantu?
Aku : Ye… 3hari lepas saya terima panggilan daripada ASTRO mengatakan
yang saya punya akaun ni dapat Rebate. Pihak ASTRO mintak saya jelaskan RM
20-00 sebagai penyambungan dan saya dah pun buat bayaran tu di mesim TM Point.
Jadi boleh saya tau bila boleh sambungkan semula perkhidmatan tu??? Sebab kata
3 hari bekerja je kan.
ASTRO : Ok cik sebentar saya buat semakan…
Aku : ok.. (dalam hati tetap
nak menjawab asik buat semakan je) keh3
ASTRO : Terima kasih menunggu… ok cik Af**** sepertimana semakan
di dalam data pihak kami tidak ada membuat mana-mana panggilan kepada Cik
Af****.
Aku : Plak…. Habis siapa plak yang call saya tu.
ASTRO : Sebentar saya buat semakan…
Aku : Again……
ASTRO : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** mungkin yang membuat
panggilan tersebut daripada agent kami. Sebab sebagaimana data Rebate tersebut
telahpun berakhir akhir bulan 12 tahun lepas. Tetapi pihak kami akan membuat
semakan tentang panggilan dan Rebate tersebut.
Aku : Tak kisahla macam manapun… yang saya tahu akaun saya tu kena
aktivkan balik saya dah buat bayaran macam mana pihak awak suruh jelaskan.
ASTRO : Pihak kami akan cuba secepat yang mungkin. Ada apa-apa
lagi yang perlu kami bantu cik??
Aku : Tak ada. Terima kasih.
ASTRO : Ok cik Af**** terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
G.r.r….. geram je call… 20 minit
kot masa habis macam tu je bercakap dalam telefon. Buat bill melambung je…
Hurmmm tak silap aku esoknya kot astro kat rumah aku tu sambung balik… ok fine
terima kasih kerana memberi kerjasama. Hahaha
After seminggu… akaun ASTRO aku
deactive balik… G.r.r…… sangat2 geram…. Sangat2 tak suka nak kena call2 bagai
ni.. macam buang masa plak… sebab soalan and jawapan pasti akan sama je..
Last2… aku pergi customer service
dekat BP Mall… puan saya nak tanyala kenapa akaun saya deactive balik sedangkan
saya dah buat bayaran. Sebab sebelum ni saya dapat panggilan daripada pihak
ASTRO mengatakan akaun saya dapat Rebate+++ bla…bla…bla… (harap maklum malas nak taip sebab soalan sama je) haha.
COUSTMER SERVISE : ikut prosedur memang macam tu cik.
Penyambungan akan dilakukan dalam masa 1 minggu sebab pihak ASTRO kena buat
semakan berkenaan Rebate tersebut.
Aku : Masalahnya saya dah bayar…. Sambung seminggu after that potong
balik. Dahla setiap kali penyambungan kena caj RM 20-00. Nak berapa banyak
sedekah.
ASTRO : Kita tak boleh buat apa-apa selagi bayaran tu tak masuk
dalam data cik.
S***** Aku : Mana boleh u all buat macam ni. Dah sambung lepas tu potong
balik. Then caj customer. Sepuluh kali potong sepuluh kali nak bayar caj tu???
Suruh kita bayar.. bila dah bayar jadi macam ni plak. Baik tak payah bagi apa-apa
Rebate. Means sama je jumlah penyambungan dengan Rebate tu. (dengan sinis s***** aku jawab) haha amik
kau -_-“
Aku : Tak apala kalau macam tu. Terima kasih ye sebab bagi penerangan
yang sama je. (hahah jahat btul aku)
Lepas dari seminggu… sama je…
penyambungan tu tak di lakukan pun… aku rasa seminggu adalah 2 3 kali aku call.
Tapi malas nak menaip sebab soalan and jawapan tetap sama… sakit hati -_-“
Dah masuk 2 minggu aku call balik
tanya kenapa akaun still tak active….
ASTRO : Terima kasih
kerana menghubungi pihak kami. Ada apa-apa yang boleh pihak kami bantu cik (dalam hati aku call ni memang nak kan
bantuan kalau tak takkan aku nak call saje2 je kot -_-“)
Aku : Saya Nora*********** no ic saya ***********
ASTRO : Sebentar cik saya buat semakan.
Aku : Tunggu….Tunggu…dan Tunggu….
ASTRO : ok Cik Af**** ada apa-apa yang perlu kami bantu?
Aku : Ye… 2minggu lepas saya terima panggilan daripada ASTRO
mengatakan yang saya punya akaun ni dapat Rebate. Pihak ASTRO mintak saya
jelaskan RM 20-00 sebagai penyambungan dan saya dah pun buat bayaran tu di
mesim TM Point. Sekarang ni dah nak masuk setengah bulan still tak active.
Macam mana boleh jadi macam ni. Dah suruh bayar. Kita dah bayar. Tapi jadi
macam ni. Baik tak payah bagi Rebate.
ASTRO : Ok cik sebentar saya buat semakan…
Aku : ok.. (dalam hati tetap
nak menjawab asik buat semakan je nasib suara mamat ni merdu macam anuar zain)
haha
ASTRO : Terima kasih menunggu… ok cik Af**** sepertimana semakan
di dalam data pihak kami tidak ada membuat mana-mana panggilan kepada Cik
Af****.
Aku : Plak…. 2minggu lepas macam tu juga pihak awak cakap. Kalau tak
ada dapat apa2 Rebate just bagitahu je… tak payah menyusahkan orang mcam ni
banyak kali nak kena call. Ada banyak kerja lagi saya nak buat.
ASTRO : Sebentar saya buat semakan…
Aku : Again……
ASTRO : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** mungkin yang membuat
panggilan tersebut daripada agent kami. Sebab sebagaimana data Rebate tersebut
telahpun berakhir akhir bulan 12 tahun lepas~~~. Tetapi pihak kami akan membuat
semakan tentang panggilan dan Rebate tersebut.
Aku : Tak kisahla macam manapun… saya nak awak buat semakan sekarang
juga akaun saya tu terima Rebate ke tak. Tu je..
ASTRO : Sebentar saya buat semakan…
Aku : Again……
ASTRO : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** di sini saya ingin
memohon maaf di atas kesilapan agent kami menghubungi pihak cik Af**** dengan
menawarkan Rebate tersebut. Sepertimana semakan kami dapati akaun cik Af****
yang menerima Rebate tersebut adalah 0910**** dan bukanlah 085**** seperti yang
Agent kami sampaikan.
Aku : wait… sekarang ni saya rasa sangat2 marah. Kenapa pihak awak
tak ada hubungi saya terangkan kesilapan tersebut. Dekat setengah bulan kot
saya tunggu call macam orang apa. Saya banyak lagi kerja nak buat dari nak call
pihak awak banyak2 kali tau tak…
ASTRO : saya tau cik Af**** pihak kami mohon maaf di atas
kesilapan tersebut.
Aku : Awak taukan customer is always right??? Tak
boleh la pihak awak macam tu. Bila kita tak bayar pihak awak kejar-kejar suruh
bayar. Bila jadi macam ni ada pihak yang terangkan kembali pada saya??? Kalau
saya tak buat complaint myb lepas ni kena kat orang lain. Berlaku kat orang
lain.
ASTRO : Ye cik Af**** betul apa cik cakap… pihak kami akan
membuat semakan semula ke atas tawaran Rebate yang cik Af*** cakapkan tu.
Sekiranya Cik Af*** tidak mahukan Rebate tersebut Cik Af**** haya perlu
menjelaskan kesemua jumlah yang tertunggak tersebut dan pihak kami akan membuat
penyambungan seperti biasa…
Aku : Saya tau awak pun menjalankan tugas juga tapi bila difikirkan
balik kalau tak esok lusa benda ni jadi kat orang lain pulak. Sebelum ni bayar
auto debit memang tak ada apa-apa masalah… tapi yang menjadi masalahnya potong
mak ai… sekali banyak. Padahal pakej biasa je kot… mustika pun tak ada. Tapi
potong melalui debit macam langgan HBO.. so funny….
ASTRO : Macam ni Cik Af**** sepertimana yang saya katakan tadi
sekiranya cik Afidah tidak mahu tawaran Rebate tersebut cik Af**** hanya perlu
jelaskan jumlah yang tertunggak. Tetapi mengikut semakan Akaun Cik 085******
memang tak dapat mana-mana Rebate yang menerima Rebate adalah akaun 095******
tersebut. Sekiranya pihak cik nakkan juga Rebate tersebut pihak kami akan memasukkan
akaun cik tersebut sebagai penerima Rebate tersebut. Akan tetapi mungkin
mengambil masa seminggu atau lebih.
Aku : Kalau saya bekeras nakkan juga Rebate tu juga macam mana. Sebab
hal ni bukan salah saya. Pihak awak yang call beriya-iya bagitahu yang akaun
saya ni dapat Rebate. So tak salah kan kalau saya nakkan juga Rebate tu??? (G.r.r….. geram tau tak… -_-“)
ASTRO : Macam saya cakap tadi saya kena buat semakan semula dan
kena dapatkan semula no telefon dan id pihak yang call Cik tu. Selagi tak dapat
panggilan dari agent tu siapa yang call pihak kami memang tak boleh buat
apa-apa.
Aku : Tak apalah encik… saya jelaskan semua yang tertunggak tu.. RM
128.80 kan… Hari ni juga saya bayar. Penyambungan amik berapa lama plak?
ASTRO : Selepas cik buat pembayaran cik hubungi costumer servise
untuk penyambungan semula dan pihak kami akan sambungan dalam masa 3jam.
Aku : Ok. Terima Kasih. I’m sorry kalau ada terkasar bahasa. Tapi
customer berhak bersuara macam mana sekalipun. Sebab dalam hal ni yang salah
pihak awak bukan saya. Jadi tolong ambil perhatian sikit pasal ni. Kemungkinan
besar kena kat orang lain plak.
ASTRO : Sama-sama. Tak apa Cik saya faham. Saya juga mohon maaf
kerana terpaksa menunggu lama di dalam talian.
Hari tu juga aku g buat bayaran
jumlah yang tertunggak tu. Tapi aku buat bayaran kat kaunter Maybank Berhad.
Nak bayar dan…danlah… system off line bagai… nak bayar
kat mesin TM Point kang lambat
pulak payment dia masuk nanti.
Lagi sekali aku call costumer
servise bagitahu yang aku dah bayar. Then aku tanya boleh sambung hari ni juga
tak. Ehhh dia jawab pulak dalam masa seminggu baru boleh sambung. Tak ke hangin
aku satu badan -_-“ G.r.r……
Aku apa lagi..semburla bagitahu
tak bayar macam ni dah bayar pun macam ni juga ke??? Dahlah setiap penyambungan
kena caj RM 20-00. Baik aku tak payah g bayar tadi keluar tengah-tengah panas
semata-mata nak bayar bill. Hangin….hangin….
Mak aku dok asik call… kenapa tak
sambung lagi.. aku jawabla…
“Ma… ASTRO ni dah nak bankrupt kot sebab tu banyak sangat cengkadak dia.
Dah bayar pun banyak songeh juga… “
Pada aku kan… hal macam ni tak
patut jadi kat sesiapa sebab menyusahkan orang sebab orang banyak lagi urusan
yang nak diuruskan dripada duk melayan karenah ASTRO ni. Sebelum ni memang guna
auto debit je bayar… tapi dekat setahun bayar melalui auto debit tengok melalui
penyata akaun bayaran yang ditolak tak menepati bayaran bulanan yang kita
langgan. Dahlah caj tax dia je dah berapa ringgit… pas tu penyambungan kena caj
lagi… sepanjang bayar guna auto debit sekeping bill langsung tak pernah sampai
kat rumah… jangankan bill… sampul surat daripada ASTRO pun tak pernah sampai..
Nampak tak permainan dia -_-“. Dahlah siaran sama je… berulang2 dalam satu hari
tu.
Kita pengguna berhak untuk
bersuara sebab kita bayar siaran dia sebab nakkan perkhidmatan yang ok. Kononya
bertukar kepada B-yond siaran takkan terganggu kalau hujan or apa-apa. Tapi
sama je… siaran tetap terganggu kalau hujan. Jadi adil ke apa yang kita bayar
tiap-tiap bulan tu dengan perkhidmatan yang dia bagi tu??? Bukan nak bersikap
kurang ajar or apa… tapi customer is always right… lagi-lagi dalam hal macam ni… betul tak???
So apa kata kita ramai-ramai like
laman ni ngeh3x…
Hahah dahla.. penat aku menaip
pasal ASTRO ni.. buat hangin aku satu badan je…
13 comments:
Astro mmg camtu, servis hampeh senyap je kalau lmbt byr cepatlak amik tindakan.....'
haha., betul punya marah ye., sabo2 jgn nk melenting, tarik nafas panjng2 :D
@: Cikna
betul tu cikna... :)
@: Zuhdi sanusi
hehe tak melenting tapi... kita cuma manusia biasa kadang2 susah juga nak menahan rasa marah.. wink.wink.wink ;)
Astro memang puki mak! Kalau ada servis tv lain tolong bagi tahu, aku kalau boleh tak mau Astro dah! Sial toya anak haram! Fuck Astro!!!!!!!!!
hehehe...beriya2 la taip af****....last2 tertaip jugak Afidah...
hehehe...beriya2 la taip af****....last2 tertaip jugak Afidah...
hehehe....beriya2 la tulis Af****...last2 tertulis jugak Afidah...
Anyone know kalau astro kena potong siaran mana blh tengok
Astro sial bgsat byr lebih tk tnya lbih satu hari dah potong nk buat penyambungan mkn berminggux baik guna astro siam
Astro sial bgsat byr lebih tk tnya lbih satu hari dah potong nk buat penyambungan mkn berminggux baik guna astro siam
Call customer service kna caj.lmbat bayar kna caj rm 20..bla nk kutip dt laju je call sruh bayar...mmg terbaik la astro....
Call customer service kna caj.lmbat bayar kna caj rm 20..bla nk kutip dt laju je call sruh bayar...mmg terbaik la astro....
Post a Comment