Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Showing posts with label Good News. Show all posts
Showing posts with label Good News. Show all posts

Good News ... Alhamdullilah Syukur Kepada Rahmatnya


.Assalamualikum.

  
Nampak tak pic kat atas ni ??? Agak-agak korang dan berapa bulan ???
Jangan salah sangka pulak eh, tu bukan kandungan fie. Kehkehkeh.
  
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ

Tadi fie dapat “MMS” daripada kakak fie yang no. 3 … Alhamdullilah ... syukur semuanya ok and selamat … Kandungan dia dah masuk 3 bulan …
Risau gak sebelum ni dia pernah alami keguguran … yelah bukan rezeki tapi kakak fie tu antibody dia memang tak berapa kuat. Kadang-kadang sebulan tu 2 atau 3 kali kakak fie demam … Tapi nasib baik suami dia faham dengan keadaan dia …
Kalau korang nak tahu kakak fie tu kata orang “cacat” seumur hidup akibat kemalangan jalan raya masa balik dari sekolah. Masa dia kemalangan tu umur dia 17 tahun … kakak fie dilanggar dengan lori and tercampak masuk ke dalam longkang sedalam (dalamlah juga. hehehe) and dimasukkan ke ICU hampir 2bulan … Masa tu doktor cakap keadaan kakak fie hanya “50-50” je , limpa dia kena buang sebab rosak teruk, badan dia kena jahit sana, jahit sini … kesian sangat … hanya Tuhan je yang tahu perasaan Mak fie masa tu … yelah dahlah ibu tunggal dengan membesarkan 9 orang anak sendiri. Semua tentang anak-anak Mak yang uruskan sendiri … begitu besar ujian yang Mak dapat. Walaupun dah hampir 25 tahun Arwah Ayah pergi tapi kenangan bersamanya tak akan pernah dilupakan walaupun masa tu fie hanyalah seorang kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang seorang “AYAH”… Selama 25 tahun Mak membesarkan fie dengan adik beradik dengan titik peluh sendiri … Alhamdullilah sekarang anak-anaknye semua berjaya … “Kami Keluarga Bahagia” …


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥