.Assalamualaikum.
Sekumpulan
anak muda dilaporkan telah hilang didalam sebuah villa yang selama ini terkenal
dengan cerita-cerita seram. Villa Nabila ini mempunyai pelbagai cerita. Ada
yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam
didalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji dia sendiri. Yang pasti
disebalik kisah seram itu villa yang sudah lama tidak dikediami ini telah
menjadi sarang jin.
Sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers" ini dipercayai hilang sejak sabtu (16/11/13). Daripada 30 orang yang memasuki villa berkenaan hanya 7 orang yang dapat keluar.
Laporan polis
telah pun dibuat pada hari berikutnya. Anggota polis dan bomba sampai ke tempat
kejadian dengan unit anjing pengesan namun dikatakan masih belum menemui
mangsa-mangsa yang hilang. Dikatakan lagi suara meminta tolong kedengaran jelas
didalam villa itu namun pihak polis dan bomba tidak menemui mereka yang
dipercayai hilang. Malahan anjing pengesan polis juga tidak dapat mengesan
apa-apa tanda.
Sehingga pagi ini (18/11/13), mangsa masih belum dijumpai dan dikhuatiri dighaibkan oleh jin dengan izinNya. Diharap semua mangsa berada didalam keadaan selamat.
No comments:
Post a Comment