.Assalamualaikum.
1. Minum air
masak yang banyak.
Apabila tubuh
badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan
kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar
dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan
menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air
berjalan dengan lancar.
2. Makan
perlahan-lahan.
Ketika
menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan
terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut
menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat
dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut
berlaku.
3. Kurangkan
garam dalam makanan.
Terlalu banyak
garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam
tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan.
Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan
makanan yang penuh serat.
Serat adalah
elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam
tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal
dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan
pengambilan ubat.
Terdapat juga
kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan
menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin
yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti
sembelit.
6. Hindari
sembelit.
Sembelit
berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya
membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini,
perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul
lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu,
pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan
senaman atau bersukan.
Bersukan
sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam
tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan
membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh
badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang
yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat
mencuba! ^-^
1 comment:
waaa... nak kena cuba ni! :D btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi :D
http://santanmanis.blogspot.com
Post a Comment