.Assalamualaikum.
Tahukah anda,
terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda
cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada
waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan
anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang
dimaksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja
bangun tidur.
(Tapi
anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan).
2. Selepas
keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas
memakan buah-buahan.
4. Selepas
bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak,
tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat
sekejap, lepas tu barulah minum (saya
paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu
tengah makan.
(Senang
kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang
mengakibatkan perut buncit.)
6. Sebelum
atau sesudah makan.
Tapi anda
boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit
selepas makan.
7. Selepas
melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan
anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi,
lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai
permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari,
saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
No comments:
Post a Comment