Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Renungan Kerana Onani Dapat Anak Jin Benarkah?

 .Assalamualaikum.





Renungan Kerana Onani Dapat Anak Jin | Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA.

Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya.  Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.

Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat. Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada?.

Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya. Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia.

Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak.

Kata Azan kepada saya, “Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun. Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”

“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang Azan lagi.

Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?.

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat agama.

Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.

Firman Allah :
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38)

“Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)

Sumber Asal : Disini

♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

No comments: