Assalamualikum ...
Entri aku kali ni sekadar nak berkongsi pandangan n pendapat korang tentang Novel (tak kirala Novel apa pun ..). Aku salah seorang peminat setia dalam membaca macam-macam Novel, Bicara Hati, Isteri Separuh Masa, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Calon Jodoh Untuk Adik, ish kalau aku tulis semua mau tak muat entri ni. keh.keh.keh. Mesti dalam kalangan korang peminat setia dalam membaca novelis ni kan.kan.kan. Baru-baru ni aku baru habis baca bertajuk " Mampu Mencintaimu - Auni Amauni" ...
Pada aku novel ni bolehla ada pengajaran sikit-sikit di dalamnya di mana "Sesebuah perkahwinan itu haruslah diterima dengan redha dan ikhlas sebab "Syurga
isteri di bawah tapak kaki suami" ... (Jom baca sinopsis di bawah)
" Kerana
sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya.
Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan. Tidak
terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji itu, yang membuatkan ibu
dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali.
Selepas
selamat diijab kabul, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya kerana
perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Perasaan benci
yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah."
Apakah yang
terjadi selepas peristiwa itu, bagaimanakah dengan kehidupan Sarah Humaira? Ha...korang
kenalah beli novel Mampu Mencintaimu
ni kalau nak tau kesudahan cerita Sarah Humaira ni…
3 comments:
Maaf jika aku tak sempurna tu best kan? btw, sy pun suka baca koleksi kaki novel :D
Jangan lupa kongsi koleksi2 terbaru kaki novel :)
Dah lama tak layan novel ~_~
Post a Comment