Terdapat
beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan
kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh
membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri
dengan pembunuhan.
Maka di sini,
selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan
rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE ,
WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya :
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah
yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di
langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia
tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan
barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan
musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan
Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya
utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu
Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri,
saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN
RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU
FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya
Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan
aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada
dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722
; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat
Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia
dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa
bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat
dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya
dan sudah tentu auratnya.
Justeru,
seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman
dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat
digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa
yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal
anda.
Justeru, jika
berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis
seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa
ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak
mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya
sendiri.
1 comment:
entry yang bermanfaat :)
Post a Comment