Assalamualaikum and selamat petang ahad. ...
Ha! hujung-hujung minggu ni korang buat apa??? menghadiri pergi Jemputan? Kenduri?? Birthday party? mmm apa-apa jelah kan ... tengah godeh-godeh laman web ni adalah satu artikel ni menarik minat aku untuk membacanya and serta merta nak berkongsi dengan korang semua. Artikel ni berkenaan dengan kaum HAWA .... :) artikel ni bukan lah nak menjatuhkan sesiapa or menilai sikap seseorang itu .. tetapi artikel ni hanyalah untuk tatapan dan kongsian sahaja ...
Jom Baca Artikel Di Bawah Ini :-
Tahukah korang bahawa perwatakan atau sifat wanita juga boleh
diketahui melalui cara seseorang itu berjalan. Mungkin ada benarnya juga tips
yang diberikan kat bawah ni sebagai panduan bersama.
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya
bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain
terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya.
Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir
tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita
seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan
rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai
lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang
diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia
hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun,
jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh
kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian
yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia
selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya
bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang
ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu
sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana
sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak
ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan
wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Ha ... mana satu perwatakan korang ??? awas!!! jangan dah baca
ni korang cuba menukar cara berjalan kerana ini membuatkan korang menjadi
seorang yang Hipokrit ...
Jadi ... korang
kenalah menjadi diri sendiri seperti AKU ... ^-^
1 comment:
aku jalan pandang depan ngan belakang jer.... perempuan jenis apa eak?
Post a Comment