Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Kaki Novel Kembali Lagi Dengan Tajuk : Takdir Itu Milik Aku ^_^



Holaaaa........................ u all ... hari ni i nak kongsi (cehhh2 ... I konon ) aku nak kongsi kepada kaki-kaki Novel Sedunia kehkehkeh …
Korang dah baca tak novel Takdir Itu Milik Aku ???? Kalau korang dah baca apa pandangan korang kat novel tu, macam mana, best ke tidak, ok ke k.o, apa-apala yang korang nak kongsikan pasal novel kat bawah ni.

Ok. Novel kt bawah ni aku baru je habis, ambik masa 2 hari baru habis, gila tak gila tebal tu selalu aku kalau baca novel 1 hari dah habis. Sebabnya terus-terus mendalami watak dalam novel-novel tu (ayat menipu je).

Berbalik pada novel kat bawah ni ok la isi-isi yang mantap dan boleh di buat sebagai bahan bacaan sebabnya aku kan kaki novel (tak gitu ?) Harga novel kat bawah ni pun berpatutan iaitu RM 33.90 untuk sebuah novel … Kalau korang nak tau penulis Novel kat bawah ni adalah Pn. Siti Rosmizah … Novel-novel yang dah pernah terbit kesemuanya best-best gila. Kira boleh layanla walaupun tebal gila bagai …

Jom layan synopsis novel ni sikit





“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
  
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
  
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!


(Moral of the story: Haa, dah habis baca ??? apa lagi pergilah beli … )


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

1 comment:

Unknown said...

Ini harta Ahmad Al-Bab yang punya Ahmad Al-Bab, hahaha..