1. BERAMAL SOLEH
Perempuan mahukan seorang
lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun
Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan
perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara
yang diharamkan dalam Islam.
2. BERSIKAP ADIL
Yang kedua, perempuan mahukan
lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan
anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan.
Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan
pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa
mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang
bersikap begini.
3. BERTANGGUNGJAWAB
Lelaki perlu mempunyai sikap
yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin
atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah
dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan
yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan
nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan
anda begitu sahaja.
4. BERTOLAK ANSUR
Perempuan juga inginkan lelaki
yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli
langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut
cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku.
Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari
perempuan.
5. IKHLAS
Seorang lelaki perlulah iklas
dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk
menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal,
seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan,
berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. INGIN DI MANJAI
Perempuan mahukan lelaki yang
pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang
mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat
memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. KASIH SAYANG
Apa maknanya cinta tanpa
adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam
hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi
mereka dengan sepenuh hati.
8. KEJUJURAN
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting
dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila
lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. KEPERCAYAAN
Perempuan inginkan kepercayaan
dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan
fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan
anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. KESETIAAN
Apa gunanya jujur kalau tidak
setia. Anda perlu setia
dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan
dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik
daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. LEMAH LEMBUT
Perempuan merupakan insan yang
penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri
mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik.
Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. MEMAHAMI
Sering berlaku pergaduhan
disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda
menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan
dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri
anda. Tetapi si dia inginkan anda mendengar luahan hatinya.
13. MEMIMPIN
Seorang lelaki perlu pandai
memimpin. Setelah
berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak
pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan
untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. MEMPUNYAI PEKERJAAN
Bukan bermaksud perempuan
adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup
mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat
bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si
dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. PERHATIAN
Yang seterusnya, perempuan
inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan
anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan
perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas
dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. PERLINDUNGAN
Perempuan adalah insan yang
lemah. Mereka tidak
kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai
seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada
sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh
dan berlindung.
17. RAJIN
Apabila sudah berkahwin nanti,
jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang
rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah,
menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka
apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja
harian di rumah.
18. ROMANTIK
Dan akhir sekali, perempuan
inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati
mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun
kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan
hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si
dia nanti.
Kesimpulannya, macam itulah yang aku ingin
kongsikan… Aku pun setuju dengan 18 perkara itu. Yang lain terpulang pada diri korang
sendiri, mungkin ciri-ciri yang korang harapkan tak tersenarai kat atas tu.
Tapi … jika itu jodoh korang, terimalah dirinya seadanya. :)
Salam Cinta dari Doktor Chinta ... kehkehkeh
Salam Cinta dari Doktor Chinta ... kehkehkeh
No comments:
Post a Comment