Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Awas!!! 7 Perkara Gadis Tidak Suka Yang Ada Pada Lelaki




Ciri-ciri apakah yang perempuan tak suka pada seseorang lelaki tu? agak-agak apalah ya? Cepat teka. Aku bagi sepuluh saat untuk korang berfikir. TET!. Masa tamat. Korang tak sempat pikir apa-apa kan. Kehkehkeh ...
Apa yang perempuan paling tak suka sebenarnya erk? Jom kongsi pendapat masing-masing. Yelah mana tahu pendapat korang berguna jugak untuk orang lain siapa tahu kan … bak kata pepatah “Sharing is Caring” (memandai je aku ni eak).

1. BAHASA KASAR
(I hate this!)

A big NO-NO! jangan sesekali berasa anda macho apabila bercakap bahasa kasar dengan perempuan. Apatah lagi mencarut. Ishhhhh..buruk bebenor bunyinye. Gunakan bahasa yang sedap didengar,sampai telinga pon boleh keluar bunga kemboja. Itu baru macho.


2. BAU BADAN
(kalau boleh tolong elakkan!)

"Awak,awak, bau apa ni awak? Macam iras-iras bau kari ayam basi seminggu ni,bau awak ek?"
Jagalah kebersihan diri anda. Anda mampu mengubahnya. Mandi wangi-wangi,kalau rasa ketiak tu mashamm,pakailah deodoran iklan Remy Ishak tu. Selekeh boleh diterima asalkan anda wangi (selekeh yang dimaksudkan tertakhluk kepada terma dan syarat). Kalau rasa stokin tu busuk,tukarlah. Ni tak,ramai yang yakin diri goyang-goyang kaki padahal berbau sikit punya busuk.

3. TAK HORMAT ORANG LAIN
(macam mana dia nak hormat kita kalau dengan orang lain pun dia tak hormat!)

Tak kisah la tua ke muda,kanak-kanak,bayi,warga emas,mayat sekalipun,hormatilah orang lain. Sungguh tidak hensem anda bersifat kurang ajar terhadap insan lain baik di hadapan ataupun belakang perempuan. Kita kan orang yang hensem? Orang hensem dia hormat orang lain. Jangan memaki hamun,mengherdik,menumbuk,menyepak atau berkasar ala-ala John Cena lawan Rey Mysterio dengan orang lain. Budi bahasa,budaya kita.

4. PONTENG SEMBAHYANG JUMAAT
(bila dah kahwin nanti macam mana nak jadi ketua keluarga yang baik?)

Seminggu sekali je pun,tu pun nak ponteng jugak ke? Apa ni lelaki,tak suka lah tengok lelaki bergentayangan  kat tempat selain masjid pada waktu orang solat jumaat. Pakai baju melayu tu dah awesome,tapi setakat berdiri kat bawah pokok depan masjid. Aneh nya,dah depan masjid pun. Masuk je lah!

5. MENUNJUK-NUNJUK
(apa ajelah yang nak dibanggakan kalau dalam diri tak sama di luaran)

Jangan nak gebang sangat lah kannnn. Humble is sweet la awak. Jangan nak menunjuk-nunjuk sangat apa yang ada. Bersikap sederhanalah walaupun anda sebenarnya anak angkat Bill Gates.

6. TAK GENTLEMAN
(oh! No.no. susahlah macam ni … baik tak payah berpasangan macam ni …)

Gentleman ni apa sebenarnya maksudnya kurang jelas dalam mana-mana buku keluaran Telaga Biru,Karangkraf atau apa-apa jelah.  Tapi mengikut fahaman saya,gentleman ni sejenis sikap yang menghormati wanita dalam melakukan sesuatu perkara.

Contohnya,
Cikgu: Sesiapa tolong angkat buku saya boleh?
Kelas: Krik krik krik *bunyi cengkerik*
(abang-abang yang gentleman silalah tolong cikgu tu. bukan perempuan malas tapi saja nak test mana laki yang sesuai buat calon suami yang gentleman. errr...boleh terima tak?)

7. MEROKOK
(katakan “TIDAK” kepadanya!)

hurmmmm..ni satu lagi kejaiban dunia. Ramai yang suka benda alah ni secara sukarela. Rela berhabis duit pulak tu nak benda alah tu. Seolah-olah kalau tak ada benda alah ni macam tak boleh bernafas ... ehemmm ... bawak-bawak la berhenti. Bukan apa,benda tu beri mudarat jugak kan? Dah la asap tu memberi bahaya kepada orang sekeliling jugak. Lainlah kalau merokok tu boleh memberikan kebaikan kat orang lain macam jadi semakin sihat ke, awet muda ke, panjang umur ke, Ini tidak makin beri bahaya dekat orang lain adalah … tercemar tau tak …
katakan “TIDAK” kepadanya! Ok dear ??? ^_^


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

12 comments:

afzalsukasuki said...

ada orang kata muka berminyak pon..pompuan tak suka

betul ea?

chocolatemoist09 said...

mmmmm lain orang lain citarasa ... tak semua sempurna... tapi kalau boleh cubala perbaiki diri jadi yang lebih baik...

Dalam Hati Ada Taman said...

hai...info yng mnarik...7 perkara gadis tidak suka ad pd lelaki...love it...soOo true...

Sabella Mohamad said...

aduhh kalau lelaki macam tu mmg reject awal awal laa . haha

aswadz said...

sesama laki je guna bhs kasar. ngan awek, terus jd sopan. keh3...

ejulz said...

slalu jgak tbaca isu2 camni.. tapi dr pmerhatian sy ada awek sanggup gaduh berebut lelaki wpun lelaki tu slalu kasar kat diorang.. camne pulak tu? hehe

Unknown said...

Anuar Zain... kihkih

chocolatemoist09 said...

betul.betul.betul.. :)

chocolatemoist09 said...

betu.betul.betul... tapi kan lebih baik klu dengan semua org kita guna bahasa yg baik... ^_^

chocolatemoist09 said...

eh, jngan2... tak moh mcm tu... hihihi
bagilah kata semangat kt "lelaki" tu jadi yg lbih baik sikit...
klu semua reject dorang nak jadi apa? kehkehkeh :)

chocolatemoist09 said...

krik.krik,krik... no komen. ngeh3... tapi... buat apalah gduh2 sebab lelaki ... kumbang bukan seekor ...^_^

chocolatemoist09 said...

jealous ....