.Assalamualaikum.
Jom kongsikan
antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah :
1.
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah SAW
mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat dan
solat Subuh secara berjemaah.
Hal
ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan
fikiran.
2.
KERAP MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah SAW
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut
halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi
pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula
menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3.
Makan sekadar yang perlu
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Dalam
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan
ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan
bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah SAW
berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah
berjalan lancar.
Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih
selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak
betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. Maksudnya tidaklah
seandainya destinasi yang kita pergi itu jauhnya 30 kilometer perlu berjalan
kaki, cuma jika tempat "parking" kereta agak jauh sedikit dari tempat
yang dituju, ambillah peluang ini untuk "bersenam".
5.TIDAK PEMARAH
Nasihat
Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat
kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada
kebersihan jiwa.
Ada
terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk,
maka perlu berbaring.
Kerana
marah itu daripada syaitan dan syaitan itu asalnya dari api, maka segeralah
mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta
menghilangkan kegelisahan di hati.
6.
OPTIMIS DAN TIDAK BERPUTUS ASA
Sikap optimis
memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu
banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.
7.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga
kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada
sifat iri hati.
“Ya
Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan
sifat-sifat mahmudah.”
8.
PEMAAF
Pemaaf adalah
sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu api kemarahan.
Sekiranya
kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang
pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
(“jom
kita amalkan sama-sama … isha allah … ^_^ ”)
3 comments:
nak istiqamah bangun pagi sebelum subuh tu sgt2 mencabar.. hee
wah,, nice sharing,, untuk dijadikan ikutan bersama
nice baby...
Post a Comment