Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang
sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.
Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan
menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.
Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya
tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.
Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.
“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini
bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000
sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan
melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.
Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan
sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas
mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.
Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.
Moral : Mmmm bagus betul orang ni didik anak dia dengan
cara yang mendatangkan faedah and pengalaman serta susahnya nak cari sesuap
nasi tanpa bergantung kemewahan yang ada pada dia. Korang fikir eak, budak-budak
sekarang kebanyakkannya semua nak bergantung dengan mak bapak, duit minyak nak
mak bapak, nak duit top up mintak mak bapak, sampaikan nak keluar dating pun
sampai mintak duit mak bapak. Macam mana tu ??? Sebabnya ??? Ha … korang tanya sendiri
kat mak bapak korang ea sebab apa mak bapak korang sanggup beri korang semua
tu. Mak bapak korang bagi korang … sebab sayang kat koranglah … tapi janganlah
korang salah guna kepercayaan yang mak bapak korang bagi kat korang … mak bapak
korang bagi kemewahan kat korang sebab tak nak korang rasa hidup susah … tapi …
ada sesetengah orang salah gunakan kepercayaan yang dah mak bapak dia bagi kat
dorang. Hargailah pengorbanan yang dah mak bapak kita dah lakukan untuk
membesarkan kita … walaupun kemewahan tu bukan titik noktah untuk temui
kebahagiaan … tapi sebaliknya kasih sayang, and kejujuran … sekian …
ngeh.ngeh.ngeh …
No comments:
Post a Comment