Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat !
“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan
yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?
Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?
Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
Siapakah
gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika
melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
Siapakan si
dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh
tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
Siapakah insan
istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa
dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
Siapakah susuk
tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil
kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan
ke dua orang tuanya ?
Siapakah
gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh
kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi
meneruskan kehidupan ?
Siapakah insan
yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan
memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
Siapakah si
dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan
berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan
?
Siapakah insan
yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa
depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama
wanita baru ini ?
Siapakah si
dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin
dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
Siapakah
gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun
anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama
ini ?
Jawapannya
ialah si ‘ibu’nya…..
Siapakah si
Dia yang bergelar B ini ?
Siapakah insan
istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi
berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
Siapakah
gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup
yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
Siapakah si
dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan
ayah kepada anak-anaknya ?
Siapakah insan
ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki
kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
Siapakah insan
tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap
perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina
cemerlang ?
Siapakah
gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan
anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
Siapakah dia
insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan
anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan
ini ?
Siapakah dia
yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban
bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan
cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?
Jawapannya
ialah si ‘isteri’nya…..
Betullah kata
Umar al-Khattab bahawa “Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara.
Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” .
Rasulullah saw
telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang
paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Kesimpulannya
:
Hargailah jasa
dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
Hargailah jasa
dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang
sumbangannya.
Didiklah adik-adik
atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang
kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.
No comments:
Post a Comment