Uhuk.uhuk …
batuk pulak. Hai korang macam mana hari ni ok ka??? Harap-harap ok lah ye …
hari ni aku nak kongsi pasal artikel ni pulak kat hangpa semua.kehkehkeh … ciri-ciri
kat bawah ni ada tak kat korang punya pasangan ??? mmmm alhamdullillah, dengan
bangganya aku akui pasangan aku ada ciri-ciri di bawah, kehkehkeh … Apa,
pasangan korang tak ada cirri-ciri kat bawah ??? don’t worry dear … terimalah and
memahamilah pasangan korang seadanya ok … Jom terjah artikel kat bawah ni.
Layan ….
1)
Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda
dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan
seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh,
busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak
akan dipandang oleh wanita.
2)
Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak
perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain (saje
highlight kan. Ngeh.ngeh.ngeh) untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti
akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai
dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam
janggut!.
3)
Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang
lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan
apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so
lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.
4)
Bersikap prihatin
Disamping
lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah
golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup
lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk
mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas
jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda
menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5)
Selalu senyum
Senyuman
adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita
yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika
senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari
yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
6)
Bersikap ‘cool’
Lelaki yang
cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita.
Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi
anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat
menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan
tanpa perasaan kelam kabut.
1 comment:
Salam
Nice entry =)
done following you back =)
Post a Comment