Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Tidur Pun Ada Rahsia Tersembunyi


.Assalamualaikum.

Cara tido pun ada rahsia ke? Jom Aku nak kongsi sikit entry pasal cara aku tido and korang tido. Tak tahulah entry ni fakta ataupun auta semata-mata … Tapi apa-apa pun tak salah kan kalau sekadar nak berkongsi pendapat and sebagainya untuk masa akan datang.kan.kan.kan …


“Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala”

Korang adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala korang sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup korang dan korang menjaga keluarga korang sebaik mungkin! Tetapi korang sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri korang yang agak memilih.


“Selubung seluruh badan dengan selimut”

Korang sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri korang itu, korang adalah individu yang pemalu dan lemah. Korang terlalu menyimpan rasa dan sekiranya korang berhadapan dengan sesuatu masalah, korang lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa korang sering meracau sewaktu dalam tidur korang.


“Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang”

Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Korang lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri korang memang dipuji.


“Tidur meringkuk”

Korang berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri korang. Korang sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan korang. Korang beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup korang.


“Tidur mengiring dan meringkuk”

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti korang. Individu yang berada di sekeliling korang harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri korang kerana korang akan meradang terhadap individu berkenaan.


“Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan”

Korang adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri korang. Selain itu korang juga korang dah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya korang harus belajar untuk lebih bertenang.


“Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala”

Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Korang adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, korang perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri korang itu. Sekiranya korang mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik korang yang abadi.


“Tidur meringkuk di satu arah”

Cara tidur sebegini melambangkan korang adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Korang akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang korang lakukan. Korang akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


“Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa”

Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri korang yang sebenar. Korang cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu korang juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun korang beruntung kerana pendapatan yang korang miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri korang... jadi, siapa pula yang korang maksudkan dalam cerita rekaan korang baru-baru ini?


“Tidur meniarap”

Sekiranya korang tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, korang adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran korang terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri korang sendiri. Korang juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

(“Entry kat atas hanyalah perkongsian semata-mata … tiada kena mengena antara hidup dan yang dah mati … kalau ada persamaan tu kebetulan je kot. Hehehehe)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

1 comment:

Sakinah said...

tidur selubung seluruh badan dalam selimut xD hahaha.. sebijikkk mcm sy keterangan dia ><