Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Untuk Warga Johor - Senarai Lokasi AES Batu Pahat Dan Kluang

Assalamualaikum ... *-*


Khas untuk warga Johor.
Senarai lokasi AES di kawasan Batu Pahat dan Kluang ...
So sesiapa yang asal B.P ke Kluang ke or saje2 datang Johor ke,
So, Hati-hati lah ye ... Kang tak pasal-pasal dapat surat cinta. kehkehkeh

(sila tekan untuk dapatkan gambaran yang jelas)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Selamat Pagi Jumaat !!! *-*


Asslamualaikum korang .... ..


harap hari ini lebih baik dari semalam untuk korang ...
Jangan ponteng solat Jumaat ea bagi kaum-kaum ADAM ye ...

♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Sarapan Pagi Bertukar Kepada Menu Tengahari ... Sentap !!!


Assalamualaikum and selamat tengahari you all ... semoga korang dalam keadaan yang baik je ye ....


ha korang nampak tak pic kat atas tu ??? nampak tak ??? nampak tak ??? apa tak nampak ??? nak kena cucuk ea mata tu ??? :)
Oklah ... sebenarnya alkisah ... taib ... tersebutlah kisah .... taib ... dah mula dah .... ok2 ... meh aku cerita ..

Sepatutnya mee kat atas tu menu b.first punya tapi tak sempat makan sebab masa tak mengizinkan. kehkekeh.
kerja banyak sangat lah, sampai nak makan pun macam tak sempat je. (macam menipu jer. kihkihkih)
so makanan di atas tu kini menjadi santapan lunch aku lah jadinya... Alkisah...
Tapi untuk lunch pun janji perut aku kenyang ... eerrrkkkk... alhamdullilah.... alamak terlepas pulak ... control2. nanti cancel nak jadi bakal bini. kehkehkeh
ha, aku tengahari makan mee je, korang pulak lunch ni makan menu apa plak???
cer kongsi dengan aku menyibuk sungguh diri ini ... (ala sesekali tak pe kan.kan.kan) kita kan satu MALAYSIA ... kehkehkeh.
oklah aku dah tak tau nak taip apa kat entri ni. baik aku bla dulu sebelum jari jemari ni tertaip yang bukan-bukan (lari dari tajuk di atas) and jadi merapu-rapu macam ikan kerapu. kehkehkeh...


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Kejadian Yang Berulang ... Hampeh Betulla...



Kepala yang berserabut pagi tadi tak hilang lagi ...
ni datang lagi bertimbun-timbun, banyak pulak tu. Ishh ... dah bertimbun banyak lagi. kehkehkeh.
Kerja atas meja aku ni tak surut-surut langsung gamaknya makin menimbun.
Baru satu settle datang 3,4,5 fail. Ha amik kau. Rasakan!!! 
Beserabutla... yang ada belum settle lagi dah datang yang baru, fie please open file, fie please enter diary, fie...blablabla .... 

Ni baru separuh daripadanya ... banyak lagi wey ... memangla kerja tak akn pernah habis tapi kepala belum sempat nak scan virus lagi dah datang virus baru. Dah naik jem dah kepala ni. Tunggu alarm emergency bunyi je. kihkihkih

  




♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Hari Yang Tak Berapa Betul Untuk Aku ... ˆ-ˆ





Adoiyyyyyy .... kepala aku berserabut dah macam sabut kelapa ni ... Tolong!!!!!
Sebenarnya aku tak tahu nak taip apa dalam entri kali ni ... (sebab tu merapu-rapu sikit)
Alkisah ... pagi tadi sebelum aku berangkat pergi ke kerja tunggu cik abang aku lalu depan rumah aku dulu :) (wahhhh, gatal kau ... kehkehkeh)
Selepas cik abang aku lalu ... aku pun bergerak untuk pergi ke tempat kerja.
Sesampainya aku kat satu simpang ni, tiba-tiba ada satu kereta yang pemandunya agak GILA!
Ada ke patut dia main cilok je sebelah aku. nasib baik sempat mengelak kalau tak dah ******
Dah la nak langgar aku lepas tu buat derk je.. and main blah macam tu je!
Ada gak manusia yang macam tu (pentingkan diri sendiri).
Tapi apa pun aku bersyukur sebab sampai kat tempat kerja aku dengan selamatnya... AMIN...
(Tu pun lambat 15 minit. gila tak gila. kehkehkeh)


(sebab pagi tadi ada pasang niat malas nak pg kerja.hihihi)





♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Mualaf




Jom hayati video di bawah ni, semoga kita dapat teladan yang baik...



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Ibu Parah Dodoikan Anaknya Yang Cedera Akibat Bedilan Roket Israel




Kasih IBU membawa ke syurga ... lihatlah bagaimana seorang ibu yang parah akibat terkena serpihan bom Israel sempat mendodoikan anaknya di katil hospital walaupun dirinya sendiri berada dalam kesakitan yang amat sangat.

Lebih sayu lagi, kedua-dua anaknya itu juga mengalami kecederaan akibat kezaliman rejim zionis itu. Difahamkan kesedihan tiga beranak itu tidak berakhir di situ sahaja.

Tidak lama kemudian datang seorang wanita tua yang memaklumkan yang bapa wanita itu, yang juga datuk kepada anak-anaknya, telah terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhirnya akibat daripada kejadian sama.

Lihatlah dunia, lihatlah kekejaman ini ... AllahuAkhbar!!!



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Jom Sama-Sama Kita Hayati Penderitaan Rakyat Di Gaza Semasa Peperangan Berlaku (13 Foto)





Apa yang berlaku di Genting Gaza memang menyedihkan dan semoga Israel boleh hentikan serangan ke atas semua umat Islam dan orang awam dengan serta merta.



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Antara 6 Kelebihan Hari Jumaat : Jom Baca


Assalamualaikum and selamat pagi Jumaat semua... Ops! sebelum terlupa i nak wish salam Maal Hijrah to you all.. Ok jom kita sama-sama hayati kelebihan hari Jumaat... 




Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!


1. Berlakunya Hari Qiamat.

Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.

Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.

Menurut Rasulullah SAW:
 “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
(Sumber Artikel From: http://myibrah.com/)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Awas Kepada Si Pemakai Gigi Palsu!


Assalamualaikum and selamat pagi Malaysia.... keh.keh.keh... pagi ni dok godeh-godeh youtube
then terjumpalah satu video ni.... gila! macam nak pecah perut tengok.
Satu opis aku gelak sakan tengok apek ni. Nak berpidato pun agak-agaklah kan,
ni sampai terkeluar dok gigi kat dalam tu... kah.kah.kah.
Jom layan... (tengok ha.....)


so...... kepada si pemakai gigi palsu (yang tetap... kihkihkih) jaga-jaga ha.... anda di perhati!
bercakap tu sopan-sopan sikit ye kalau tak nak gigi palsu tu tercampak keluar.
(tapi baik terkeluar kot daripada tertelan. ngeh.ngeh.ngeh...)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Semakin Tua Semakin Menjadi???













Haiiiissshhhhhhhhhhhhhhh layan jelah...


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

MENGAPA nama wanita – Sandy, Katrina, Irene dan Wilma di gunakan untuk ‘Taufan maut’?


****

Kat dunia ni banyak gila taufan and ribut ganas, and Sandy adalah satu-satunya. Yang menghairankan and menariknya tentang taufan-taufan ganas ni rata-ratanya di beri nama wanita, you all perasan tak (Sandy, Katrina, Wilma, Irene, Able, Barbara, Carol, Dolly.... semuanya nama wanita. keh.keh.keh.
Kenapa taufan and ribut selalunya ambik nama wanita???

Mengikut ceritanya taufan and ribut ambik nama wanita kerana sifat taufan and ribut itu sendiri yang dikatakan menyerupai wanita yang mudah mengamuk and naik angin. Sebab tu mat salleh ambik nama wanita untuk diberikan nama kepada taufan-taufan ganas tuh...

Bagi pembaca blog ni yang terdiri daripada wanita jangan biarkan angin selalu naik seluruh badan, takut nanti ada taufan menggunakan nama korang... kehkehkeh

♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Wanita Menangis Sebab Cinta Adalah LOSER


Apa yang saya nak fokuskan disini adalah menangis kerana kasih sayang dalam perhubungan cinta.Menangis kerana bahagia disamping orang yang tersayang.Dalam hubungan pencintaan ramai wanita yang menangis disebabkan konflik negatif yang berlaku diantara pasangan,Tidak ramai yang menangis kerana gembira dengan hubungan.

Secara jujurnya bagi saya,wanita ini tidak akan gembira selagi hubungan pencintaan yang dibina walaupun berkurun lama tidak di’realisasikan ataupun di’sempurnakan dengan ikatan pernikahan yang sah.Kegembiraan yang di’kecapi semasa bercinta hanya sementara,selepas itu pasti hadir kesedihan apabila menghadapi sesuatu perkara yang tidak di’ingini.

Jadi tidak payah lah membazirkan airmata diatas perpisahan yang berlaku itu,bukan apa diri ini terasa meluat jika saya melihatkan perempuan menjadi bagai nak gila akibat putus cinta, kehilangan pasangan cintanya.Belajarlah menerima hakikat bahawa setiap pertemuan itu pastinya ada perpisahan tambahan lagi di’alam pencintaan yang kita tidak tahu penghujungnya


Jadi carilah pasangan hidup yang mampu membuatkan anda (Wanita) mengalirkan airmata kegembiraan di hari pernikahan anda.Jelas terasa “sweet”kot di situ.




♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥