Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Koleksi Novel Yang Tak Seberapa



.Assalamualaikum.

Minggu ini masa akan dihabiskan dengan menghabiskan koleksi novel yang baru sahaja berjaya “dirembat” … suka.suka.suka. ^_^






(“lebih baik membaca daripada buat perkara yang tak berapa nak elok. Kan.kan.kan. okeylah bye …. Selamat malam dear … muahhhx3 ^_^”)




♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Bahayanya Cancer Payu Dara !!!



.Assalamualaikum.

Hai korang … mmm sebenarnya tak tahu nak sapa apa. Kehkehkeh. Sebenarnya fie tetiba je nak kongsi pasal artikel ni kat korang bertapa pentingnya menjaga kesihatan … yelah kan lebih baik mencegah daripada di cegah, erk … betul ke??? Hehehe. Tangan dok gatal search2 pasal kesihatan pas tu terjumpalah entry ni and …. Tetiba je teringat arwah My Aunty yang menghidap cancer “payu dara tahap 4” … masa tu tak dapat nak bayangkan penderitaan yang arwah alami … kesian and simpati menerjah dalam diri ni … yelah fie pun pernah menghidap “cancer” jadi tak pelik lah fie pun rasa bertapa peritnya “cancer” tu … tapi arwah seorang yang kuat sangat2 .. fie bangga tengok kesungguhan dia melawan penyakit tu … tapi selepas 4 bulan bertarung nyawa … akhirnya My Aunty pergi jua akhirnya … Al-Fatihah …

Apa-apa pun jom kita kongsikan entry kat bawah ni untuk renungan bersama … ecehceh … ^_^

********

Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia.
Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan.

Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.
Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan.

Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.

Tanda-tanda awal kanser payudara

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.
·         Perubahan rasa di payudara atau puting
·         Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
·         Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
·         Perubahan dilihat pada payudara atau puting
·         Perubahan saiz dan bentuk payudara
·         Puting payudara terperosok ke dalam
·         Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang.
Kebanyakan simptom atau tanda-tanda ini bukan kanser.


Siapa berisiko tinggi?

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.

Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.

·         Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.

·         Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.

·         Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.


Contohnya Atypical hyperplasia atau Lobular carcinoma in situ merupakan sel-sel abnormal di payudara yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara.
Perubahan genetik: Perubahan pada gen-gen tertentu (BRCA1, BRCA2 dan yang lain).
Wanita yang berada di kalangan keluarga yang mengalami kanser payudara boleh menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu.


Risiko lain

·         Kesuburan dan sejarah haid
·         Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.
·         Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.
·         Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.
·         Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.
·         Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.
·         Aktiviti fizikal: Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.
·         Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.


Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.
Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.


Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospitak atau klinik yang bertauliah.Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.

(“jangan ambil mudah je tau korang … bahaya penyakit ‘cancer’ ni … sakit sangat-sangat …”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Singgah Sebentar



.Assalamualaikum.


Yang WAJIB dilakukan Yang DOSA ditinggalkan Yang MAKRUH dielakkan Yang SUNAT diperbanyakkan 

InshaAllah , syurga menanti :)

Salam Maghrib



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Sakit Itu Anugerah Terindah Daripada Allah



.Assalamualaikum.


Setiap penyakit itu ada ubat dan penawarnya ... kecuali MATI

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".

Kenapa Allah selalu beri kita sakit, kekadang kita tak pernah fikir...Kita makan hak milik Allah, Kita pinjam nikmat Allah..tetapi kita selalu lalai dan leka untuk bersyukur padaNYA..tapi Allah masih kasih dan sayangkan kita lagi..dia beri kita umur yang panjang,kehidupan yang diberkati..

Berbalik kepada apa tujuan Allah beri kita sakit..

1- Melatih diri kita jadi seorang yang sabar

2- Sentiasa menginsafi dosa-dosa yang telah lalu

3- Mendekatkan diri kita kepada Allah

4-Sebahagian dosa-dosa kecil kita akan diampunkan oleh Allah

5- Mendidik dan menyucikan jiwa

6- Allah dekat dengan orang yang sakit

7- Bagi sebagai seorang muslim sakit merupakan rahmat

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:

Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya

("mmm fie bersyukur sangat dapat rasa kesakitan daripada "kanser" yang fie alami selama hampir 8tahun memperjuangkan nasib diri demi meneruskan hidup ... bila di fikirkan memang sakit sangat masa badan dok di cucuk sana, cucuk sini dah macam bahan experiment dibuatnya ... tiap-tiap minit mesti nak kena amik sample blood ... Bonda Tercinta la yang sentiasa ada kat sisi fie masa fie dilabel sebagai "mayat hidup". kawan-kawan menjauhkan diri ... memang sedih sangat macam tu ... tapi alhamdullilah sekarang ni fie sihat dengan hendakNya ... rasa bersyukur yang teramat sangat … jadi korang yang mempunyai masalah kesihatan … jangan sesekali mengeluh “kenapa mesti aku” sebab semua tu anugerah daripada Allah … Perbanyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan, ingat …. Jangan sesekali kita mengeluh … yakinlah bahawa Allah sentiasa ada dengan kita… ”)



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Hingga Hujung Waktu


.Assalamualaikum.

Sebenarnya novel ni fie dah lama baca kasi habis tapi tak sempat nak kongsi dengan korang isi-isi yang ada kat dalam novel ni … first baca novel ni … tetiba je meremang terus bulu roma … tak percaya ??? Korang cari and baca lah isi novel tu … confirm terangkat bontot. Kehkehkehkeh.




Okey, kisah Hingga Hujung Waktu digerakkan oleh misteri sebuah jam antik di Mahligai Cahaya – rumah agam tiga tingkat milik Datuk Osman dan Datin Shamsiah. Jam antik itu akan berbunyi seperti suara perempuan menjerit tepat pukul 12 tengah malam, dan hanya berlaku pada setiap malam jumaat sahaja. Ada cerita disebalik kejadian itu. Klise cerita seram, hantu itu semestinya roh yang tidak tenang. Plus, mesti mangsa itu mati dibunuh dan mayatnya tidak disempurnakan dengan sewajarnya. Maka jadilah ia hantu yang membalas dendam.

 Dalam novel Hingga Hujung Waktu, hantu tu adalah Ayu Aleya yang mati dibunuh oleh Zulkefli, orang suruhan Datuk Osman. Ayu Aleya merupakan perempuan simpanan Datuk Osman. Ini kes cemburu. Mayat Ayu Aleya disembunyikan di dalam sebuah jam antik dan berada di situ selama 4 tahun!!! Datuk Osman dan Zulkefli (suka pada Ayu dalam diam) cemburu bila Ayu Aleya dan Irfan menyintai satu sama lain.  Untuk menghalang hubungan tersebut, Datuk Osman telah menghantar Irfan ke Australia dengan alasan menjaga perniagaannya di sana. Semasa di sanalah, Irfan diberitakan yang Ayu telah hilang tanpa dapat dikesan.
  
Okey, Saidee Nor Azam menggunakan penceritaan imbas kembali untuk menghubungkaitkan perkara yang berlaku. Ia dilakukan dengan sangat teliti dan terperinci. Jadi tidak ada sebab untuk pembaca rasa keliru bila baca sekejap ke belakang sekejap ke depan. Datuk Osman menganggap Irfan Rushidi sebagai anak sendiri sementelah dia dan isterinya tidak memiliki anak. Datuk Osman telah mewariskan segala hartanya kepada Irfan. Selepas kematian Datuk Osman, Irfan terpaksa balik ke Malaysia untuk menguruskan beberapa perkara termasuk mencari Ayu Aleya yang dikatakan hilang. Pencarian itu dibantu oleh Rashdan, seorang penyiasat persendirian. Di sinilah mula terbongkarnya rahsia demi rahsia sehingga menjadi kes polis. Sisi gelap Ayu Aleya mula diketahui dan kematiannya pula mengundang rasa kecewa di hati Irfan. Inspektor Maria yang mengendalikan kes ini pula mula menaruh hati pada Irfan namun hanya bertepuk sebelah tangan. (penuh dengan gimik)
  
Irfan mengambil keputusan untuk kembali ke Australia. Di sana dia bertemu dengan Nur Fazura yang mirip wajah Ayu Aleya. Cinta di hati Irfan berputik kembali. Namun dia tahu Nur Fazura bukanlah Ayu Aleya. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk mengahwini Nur Fazura yang menyintainya sepenuh hati. Berjayakah mereka menyulam kasih hingga hujung waktu? Apa, nak lagi??? kehkehkeh mana boleh … korang carilah novel tu kat pasaran and baca sendiri kasi habis …

(maaf ye kalau ada tersilap or apa … sekian … ^_^)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Bahana Lawak Kampus


.Assalamualaikum.

Kebosanan melanda lagi ... jom layan lawak kampus bagi menghilangkan stress and kebosanan yang melanda tahap kritikal ni ... (dah tak ada kerja ...)


















♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

23 Ways To Make A Girl Smile


.Assalamualaikum.

Kepada kaum adam yang tersayang ^_^ …. sayangilah dan ikhlaskan diri korang untuk menyayangi “hadiah” dari Tuhan untuk korang.  Jangan sesekali mengabaikan “Kaum Hawa” …

Ok, lets check it out!!! 23 ways to make a girl smile!! ^_^

·         Seringkali katakan padanya bahawa “Awak Sangat Cantik

·         Seringkali Respond pada apa yang digayakan dan dipakai oleh si gadis..u olzz kena faham..bersusah payah si gadis memilih baju terbaik..make-up simply siti…perfume babydoll ala-ala Barbie tu semata-mata  untuk keluar bersama anda!

·         Sentiasa melindungi si gadis jika berada di tempat ramai orang, bersesak dan memberikan keutamaan kepadanya dahulu..it is always ladies first! kehkehkeh

·         Sekali sekali lakukan kejutan dengan pesanan suara dari anda..be romantic okeh! So sweet …

·         JANGAN sesekali keluar bersama bekas kekasih anda tanpa pengetahuan si gadis

·         Jika anda berbual dengan gadis lain … selepas berbual pastikan anda kembali kepada kekasih anda dan perkenalkan pada mereka…biarkan si gadis yakin bahawa dengan sesiapa pun anda berbual … anda hanya milik dia seorang!

·         Tuliskan nota ringkas atau sekadar panggilan telefon untuk menyatakan “hi saya rindu awaklah!” (fie suka part ni ^_^)

·         Introduce her to your friends … as your girlfriend.

·         Sentiasa menjemput dan mengambil kekasih anda! Percayalah..si gadis pastinya suka.

·         Sila bersedih (tapi jangan keterlaluan okeh!)  jika ada lelaki lain cuba untuk mendekati gadis anda …. Jika anda memang tak kesah ... apa salahnya tambahkan sedikit lakonan kesedihan anda … itu juga salah satu cara menunjukkan anda terlalu sayangkanya!

·         INI PENTING! Always make ur girl smile and laugh :) . Ini fakta gadis lebih tertarik pada lelaki yang ada sense og humor

·         Biarkan si gadis tertidur di bahu anda..oh suweeet. (mmmm tak setuju.tak setuju …)

·         Jika si gadis sedang marah … sila pinjamkan telinga anda … dengar dengan penuh kesabaran. Si gadis hanya panas di mulut, namun yang sebenarnya dihati mereka mahukan perhatian dan seseorang untuk mendengar.

·         Jika anda ambil berat dan risau tentang si gadis, beritahulah mereka betapa anda prihatin terhadapnya

·         Setiap lelaki wajib hadiahkan 3 benda ini kepada si gadis:a stuffed animal( apa-apa teddy atau bantal yang sentiasa dipeluknya ketika tidur), jewellery (she’ll treasure it forever), and baju tidur yang akan pastinya akan menjadi kegemaranya selepas ini atau baju panas/sejuk yang telah anda spray dengan wangian milik anda!!

·         Jika anda bersama dengan kawan-kawan anda yang lain, jangan lupakan si gadis di sebelah.

·         Sentiasa pandang wajah gadis anda.

·         Luangkan masa bersama si gadis sekurang-kurangnya seminggu sekali

·         Dengar muzik bersama-sama. Ala-ala share earphone gitu.

·         Sentiasa mengingati tarikh-tarikh penting dan jangan lupa sertakan bersama dengan hadiah! tak perlu mahal, asalkan ianya daripada anda pasti si gadis akan suka

·         Apabila si gadis memberikan anda hadiah, sentiasan ucap terima kasih dan katakan  saya sangat menyukainya, walaupun anda tak suka sebenarnya! Kikiki

·         Sentiasa menelefon si gadis sebelum tidur!

·         TOLONG lah ingat setiap perkara yang diceritakan kepada anda, sekecil-kecil perkara pun jika anda ingat, si gadis akan sangat menghargai anda..ermm contohnya pencuci muka apakah yang si gadis anda alah…warna lipstick kegemaranya

(“entry di atas hanyalah perkongsian semata-mata untuk tatapan semua. Hehehe … harap korang terhibur dengan entry kat atas ni … sekian … ^_^ ”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Antara 8 tips Rasullah Dalam Menjaga Kesihatan



.Assalamualaikum.

Jom kongsikan antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah :

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan fikiran.

2. KERAP MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Makan sekadar yang perlu

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. Maksudnya tidaklah seandainya destinasi yang kita pergi itu jauhnya 30 kilometer perlu berjalan kaki, cuma jika tempat "parking" kereta agak jauh sedikit dari tempat yang dituju, ambillah peluang ini untuk "bersenam".

5.TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kerana marah itu daripada syaitan dan syaitan itu asalnya dari api, maka segeralah mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kegelisahan di hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK BERPUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu api kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
  
(“jom kita amalkan sama-sama … isha allah … ^_^ ”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Kenapa Dan Mengapa Kita DiUji Dengan Dugaan?


.Assalamualaikum.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
(Surah At-Taubah ayat 111)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB:
"... ..Dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

(“Janganlah ada di kalangan korang sentiasa mengeluh dengan Ujian dan Dugaan yang Allah berikan kepada kita … Anggapla semua itu satu perjuangan untuk meneruskan hidup ke arah yang lebih baik …”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Betul Ke Itu Mayat William Yau ???


.Assalamualaikum.

"KLANG: Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu."


fia baca akhbar Harian Metro pagi tadi. Betul ke itu mayat adik William Yau ??? 
Hai ... sekarang ni macam-macam kes berlaku, jadi takut fie. Yelah kadang-kadang mak bapak kenalah juga perhatikan anak tak kira kat mana. Lagi-lagi anak tu masih dalam lingkungan "kanak-kanak". Ada sesetengah fie tengokkan (kisah benar) ada yang tinggalkan anak kat dalam kereta dengan keadaan pintu di kunci dari dalam. Dah tinggalkan anak lama-lama, mak bapa jadi panik sebab anak tak pandai tekan lock??? Dah jadi macam tu menyusahkan orang pulak nak panggil budak tu, tolong bukak kan pintu or tingkap... apa kes... macam tak ada akal tinggalkan budak umur macam tu dalam kereta. Kejadian semua ni boleh dielakkan sekiranya mak bapak memikirkan keselamatan anak sendiri. kalau tak mak bapak sendiri siapa lagi kan??? Betul tak??? Dah banyak kes macam ni berlaku tapi ramai yang tak pernah nak ambil iktibar ... dah terjadi macam ni barulah menyesal tak sudah ... nak menangis air mata darah pun dah tak guna ... yang jadi kat ahli keluarga adalah "malang tak berbau ..." akibat kecuaian diri sendiri meninggalkan anak tanpa mementingkan keselamatan anak tu ... jadi korang fikirkanlah ye ... kejadian ni semua kita boleh cegah daripada berlaku sekiranya kita tak leka or sebaliknya ....
apa-apa pun fie cuma boleh ucapkan takziah kat ahli keluarga adik William Yau ... 


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Salam Maulidur Rasul


.Assalamualaikum.


Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini
Kepada Nur Muhammad..Cahaya sebagai sumber segala cahaya..
Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini Kepada Nur Muhammad..
Cahaya penghubung hati dengan Allah..
Cahaya yang mampu menembusi kegelapan hati untuk dicahayakan..
Dengannya hati dapat mengenal dan melihat Allah..Dan mampu untuk berhubung dengannya..
Maka Allah pun wujud dalam seluruh hidupnya..
Allah lah yang menggerakkan setiap gerakannya..
Allah lah yang mewakilkannya kepada manusia
Dialah Allah yang melantiknya Bayangan nur Muhammad yang dipinjamkan
Pesuruh diatas pesuruh
Cahayanya diatas sumber cahaya Cahaya Nur Muhammad..
Penghubung hati dengan Tuhan..
Cahaya zaman yang tidak pernah padam
Oleh seribu satu kegelapan yang menghalang
Mampu menerangi akhir zaman
Maka islam akan kembali gemilang
Allah diagungkan semula
Nabi Muhammad dibanggakan lagi diseluruh dunia.


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥