Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Tahun 2013 Menjelang Sudah ....




Ehemm.ehemm. wahhh esok dah masuk Tahun 2013 … sudah tercapai kah Azam korang untuk tahun 2012 ini ??? Jom kongsi pengalaman ramai-ramai nak tak ???

Tahun 2012 ni macam-macam dugaan yang aku lalui suka, duka, kecewa erkk … kecewa ???
Yelah mana tak kecewanya … aku dok menunggu Anuar Zain masuk meminang aku sampai dah last tarikh untuk tahun 2012 tak datang-datang .kehkehkeh (just kidding ok)
Tahun 2012 ni macam-macam dugaan yang datang, insan tersayang pergi meninggalkan aku, mak aku sakit (operation) macam-macamlah …
Kalau nak menaip jenuhlah jawabnya … sebabnya takut berat pulak bolg aku ni di buatnya. Kehkehkeh.

Terang and jujur and ikhlas aku cakap azam aku untuk tahun ni still lagi belum tercapai … sebabnya ??? haa … biarlah aku sahaja yang tahu okey ???

Pengalaman korang macam mana pulak. Dah ada yang tercapai ???

Azam aku untuk tahun 2013 banyak woooo ... nak tahu ??? habiskan baca ok. kehkehkeh 








***





***





****





Aku nak rumah macam ni ...


Aku nak kereta macam ni ...


Aku nak motor macam ni ...


And .... Aku nak yang ni gôrjes...! kehkehkeh


(Attn: Gambaran di atas hanyalah imaginasi terlampau aku je ... biasalah korang mesti pernah impikan macam mana aku impikan kat atas tu kan.kan.kan. baik mengaku ...  Apa-apa pun aku harap korang dapat merialisasikan impian korang tu tak kiralah azam tu untuk yang tahun-tahun yang lepas ke ... yang dah berkurun ke janji korang dapat realisasikan okey ??? All the best my lovely blogger !!!
^_^


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Khas Buat Wanita Di Luar Sana

Kadang-kadang dalam kehidupan harian kita sebagai wanita bermacam-macam sikap negatif kita membuat kaum lelaki terutamanya suami rasa rimas dan menganggap kita suka membebel walaupun kadang-kadang tu kita membebel ada sebabnya. Namun, asyik membebel juga, siapa nak tahankan ... kehkehkeh. Apa-apapun kita sebagai wanita terutama yang sudah bersuami haruslah mengubah sikap-sikap negatif yang ada dalam diri kita bagi kesejahteraan rumahtangga. 

1. Terima Lelaki Agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab 

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki 

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda 

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya 

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia 

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Proses Pengguguran Bayi Sangat Kejam !!!


Penyepit gunting dijolok masuk dalam rahim.Kemudian bayi kat dlm digunting  hidup-hidup..setelah badan bayi terputus..barulah senang dikeluarkan

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses pengguguran/pembunuhan anak:

Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan):
Pada masa usia janin masih sangat kecil, pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara menggunakan alat penyedut (suction). Sang anak yang masih sangat lembut akan tersedut dan hancur luluh.
Saat ia dikeluarkan dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh itu.



Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan):
Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk.
Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara mencucuk anak tersebut, kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk proses pengguguran/pembunuhan.
Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara mencucuk dan menarik bahagian yang boleh tercapai seperti pinggang, bahu atau leher.
Setelah dicucuk-cucuk, dihancurkan pula bahagian-bahagian tubuhnya.
Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian-bahagian kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.



Dalam klinik pengguguran/pembunuhan, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil dan comel. Anak kecil tak berdosa ini telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.


Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan):
Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bahagian-bahagian tubuhnya sudah jelas kelihatan. Jantungnya sudah berdegup dan tangannya sudah boleh menggenggam. Tubuhnya sudah boleh merasai kesakitan, kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik.


Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan.
Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi.
Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sehingga selepas 24 jam, bayi itu akhirnya mati.
Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, cuba menangis, menjerit dan jantungnya berdegup deras.



Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjut (6 sampai 9 bulan):
Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik.
Untuk proses ini ia dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh.Cara membunuhnya mudah saja dan inilah kaedah paling murah dan biasa kita lihat di Malaysia:

Biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan terkutuk itu selesai.
Selepas itu, hanya darah bayi itu sahaja yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam pengguguran/pembunuhan ini bahawa satu pembunuhan keji telah terjadi.
Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para ibu yang melakukan pengguguran/pembunuhan ini.

Mereka merasa bahawa pengguguran/pembunuhan itu cepat dan tidak sakit. Mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh ubat bius. Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah pengguguran/pembunuhan dilakukan.

Benar. Bagi wanita, proses pengguguran/pembunuhan itu cepat dan tidak sakit.
Tapi bagi bayi, itu adalah proses yang lama, sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan!
Jadi untuk anda yang merancang untuk melakukan pengguguran (pembunuhan) ini, anda sudah fikir 200 kali?
Belum?
Kerana anda ada sebab lain? Anda melakukannya atas nama perubatan? Baiklah.
Saksikan lagi apa kesudahan janin-janin dan bayi-bayi yg tak berdosa yg digugurkan ATAS NAMA PERUBATAN:
=============================================================================



Pihak pengurusan jenazah menerima bungkusan-bungkusan jenazah janin dan bayi yang ibu-ibunya berbangsa Melayu/beragama Islam, daripada pihak hospital.
Sesetengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah.
Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama janin-janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.


Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil Pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat iaitu Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).
Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran/pembunuhan di hospital- hospital tersebut.




Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya.



Jenazah-jenazah kecil ini kemudiannya disembahyangkan dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang, Singapura.

Macamana?
Anda masih lagi ingin meneruskan niat anda untuk melakukan pembunuhan ini?

Kongsikan artikel ini supaya lebih banyak bayi yang tidak berdosa dapat diselamatkan. Semoga kesedaran yang anda sampaikan akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah s.w.t InsyaAllah ...

Sumber artikel dan gambar : YAYASAN KASEH


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Khas Untuk Wanita :- Doa Khusus Elak Rogol Dan Cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Bonda Tercinta Di Masukkan Ke Dalam Hopital Sultanah Nora Ismail



Salam Jumaat korang … Hai … 2, 3 hari ni masa terhad sikit nak godeh-godeh blog ni, aktiviti pun terhad sikit nak buat macam-macam. 26.12.2012 jam lebih kurang pukul 4.00 p.m Bonda Tercinta di masukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail akibat luka dekat kaki my Mom semakin teruk …
Sebenarnya My Mom penghidap Kencing Manis T.E.G.A.R, Darah Tinggi, Jantung, Buah Pinggang Tak Berapa nak elok semua yang tegar la senang cerita (biasalah penyakit keturunan …)

Punca luka dekat kaki My Mom tu sikit je (melecet) tapi sikit-sikit lama-lama makin bengkak (macam belon) Aku and adik beradik aku dok asik pujuk My Mom pergi Klinik untuk buat pemeriksaan … tapi jawapan yang diberi adalah TAK NAK! Mmm aku dengan adik beradik aku pun tak boleh nak paksa My Mom sebabnya My Mom dari dulu memang susah nak di ajak pergi ke Klinik or Hospital …

Sabtu 22.12.2012 aku and adik beradik aku paksa My Mom untuk buat pemeriksaan dekat luka tu sebab kaki My Mom semakin bengkak and susah untuk di buat jalan. Masa jumpa Doktor Cun tu, Doktor Cun tu cakap kaki My Mom tak ada apa-apa yang nak di risaukan, Nonsense!!! Gila ke tak ada apa yang nak di risaukan ??? Kalau tak makin bengkak boleh la tak risau, tapi ni semakin bengkak. Aku Tanya Doktor Cun tu …

Aku : “Betul ke tak ada apa-apa Doktor ??? Saya tengok kaki My Mom semakin bengkak je. Sapu minyak pun still macam tu je. Apa Kes ???

Doktor Cun : “Ini perkara biasa je dik, nanti saya bagi ubat antibiotic, ubat tahan sakit. Lepas makan ubat tu baik lah nanti. Kalau tak serasi berhenti di ambil ubat ni.

Aku : “Tak apalah kalau dah Doktor cakap macam tu. Saya bukan apa, saya risau tengok keadaan My Mom tu yelah My Mom tu kan ada kencing manis … saya dah tengok macam-macam luka yang orang hidap diabetes ni. Mula-mula tak ada apa-apa tapi last-last sampai busuk keadaan luka tu.

Doktor Cun : “Tak apa dik sikit je luka ni.
(dalam hati aku apa punya Doktorlah ni ???)

Semalam semuanya terbukti … ha amik kau! Luka dekat kaki My Mom semakin teruk!!!
Kena operation …!!! Siapa punya angkara ??? Kalau Doktor Cunt u ambil tindakan cepat tak adalah jadi macam ni. My Mom kena operation sampai dua kali sebab nak buang kulit yang dah mati tu and luka yang dah dalam tu…

Sedihnya hati … dahlah hanya tinggal My Mom je dekat dunia ni, sekarang jadi macam ni pulak … sungguh besar dugaan mu Ya Allah … dah dua malam berturut-turut jaga My Mom … Penat ???? tiada istilah penat untukmu wahai IBU … segala pengorbanan mu dalam membesarkan aku and adik beradik yang lain tidak dapat anak-anakmu membalasnya sampai bila-bila …

Dekat bawah ni hasil operation yang Doktor Hensem-Hensem buat dekat My Mom



Terima kasih kepada Doktor Hudzairy and Doktor Kamal serta nurse-nurse yang telah berusaha menolong My Mom ketika My Mom memerlukan bantuan perubatan …

(Moral : Korang doakan My Mom cepat sembuh ye … and aku berharap sangat-sangat if korang boleh berkongsi dalam mengubati luka akibat kencing manis ni …)

(Kencing Manis adalah penyakit yang sangat-sangat J.A.H.A.T!!!)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Dari Kuala Johor ke Negeri Melaka... -Part 1-

Hai korang … wahhhhh dah 3 hari aku tak jenguk blog aku, nasib baik tak bersawang bagai. Kehkehkeh. Bukan apa aku masa aku terhad sikit nak updated blog kesayangan aku ni sebabnya aku g bercuti kat Negeri Sembilan at Kuala Johol … ha, korang pernah pergi tak ??? Nangis aku kat sana, line telefon kat sana langsung tak ada … kekonon KU BERSAMAMU tapi hampeh tak ada. Whuhuaaaa … sadis je rasa. Tapi nak bercuti punya pasal aku pasrahkan jelah tak contact sape-sape pun tak apa janji aku happy kat sana (lupa diri kejap) kehkehkeh.
entry kali ni aku cuma gambar je, ha tengoklah ye part 1 ni, nanti part 2 aku upload k. hihihi


(Makan durian sampai mabuk tak boleh nak bangun)

 (Jakun gila time aku jumpa ayam ni. huhuhu)

(Murid-murid ini adalah pokok R.A.M.B.U.T.A.N ye ...) 

 (Ini pokok M.A.N.G.G.I.S ... kenal kan ... hihihi)


(Sumber gambar ini di ambil di rumah Mak Mentua Kakak Aku...  -ayat skema sikit)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Malam Minggu Pekena Burger Bakar Batu Pahat




Ehemm2 … ai korang selamat bermalam minggu … korang pergi mana je tu …
Ha … don’t’ buat kerja yang bukan-bukan ea … tak mo.tak mo … hindari dari perkara yang tak elok. Okey dear …

Aku malam minggu ni tak ke mana pun … kat kedai kakak aku je hari ni. Asik hujan je hari ni, berhenti, hujan, berhenti, hujan, berhenti hujan … begitula seterusnya …

Dari siang tadi aku dok asik fikir nak makan apa erk hari ni … nak makan nasi malas, nak makan apa, nak makan apa …
Dok tengah fikir-fikir adik aku menyampuk tiba-tiba …
Ha, makan burger bakar sedap juga kan.kan.kan. Aku pun terdiam sekejap, eh budak macam tau je aku tengah buntu nak makan apa. Pelik aku …

Lepas tu aku fikir lagi … nak beli kat mana erk burger tu … eh2 tiba-tiba aku teringkat kat si dia. Terus teruja aku nak makan benda alah tu. Wait-wait apa kena mengena dengan mamat tu erk??? Abaikan jela. Buat-buat tak baca tau yang tadi tu. Malas nak delete pulak. bak Bak kata pepatah terlajak perahu boleh di undur terlajak taip malas nak delete. Kehkehekeh.

Apa la yang aku dok merepek-repek ni … adoi … okey balik pada cerita burger bakar tadi eh. Burger tu dapat kat aku akhirnya … huhuhuhu yea … dapat.dapat.dapat. macam kanak-kanak dapat gula-gula pulak aku.
Tadi hasil rembatan burger bakar tu bukan aku yang beli tau … Abang Ipar aku yang belanja … rezeki aku tu … orang memberi kita menerim.  Amacam ok tak peribahasa aku ? hihihihi

Jom layan hasil rembatan aku. Wait-wait sebelum tu aku nak korang sediakan tisu dulu untuk buat lap air liur yang bakal meleleh tu. Kehkehkeh. (padahal korang tak heran pun kan.kan.kan baik mengaku…)

Kat bawah ni resit hasil rembatan yang aku and adik aku dapat, aku makan HOT SHOT pun terkulat-kulat nak habiskan lagikan senarai-senarai yang ada kat dalam tu ... 





(Moral: Aku Kaki Makan ... lalalalala)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

RaBa SeBaB I SaYaNG U …




(Sekadar hiasan je okey ...)

Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .

Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?

Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .

Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?

Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .

Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?

Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?

Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .

Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !

Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .

Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .

Wanita 2: Me too sayang . . .

Lelaki: I bertuah kawen dengan U .

Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .

Lelaki: Apa dia sayang ?

Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?

Lelaki: What ! ! !

(Moral of the story: Korang fikirlah sendiri. Ngeh.ngeh.ngeh)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Kejam! Bayi 1 Tahun Dibakar Oleh Manusia Berhati Iblis




(Renungkanlah ..)

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.
Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.
Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
KEJAM!!! Itu yang boleh aku katakan kat orang yang buat tu, kenapa tergamak dorang buat macam tu dekat kanak-kanak yang tak berdosa tu ??? Adakah kanak-kanak tu menyeksa dorang sehinggakan dorang tergamak buat kanak-kanak tu macam tu ??? Di mana keperimanusiaan dorang ??? Dorang tak sedih dengar tangisan kanak-kanak tu menanggis menahan kesakitan akibat di pukul and di bakar !!!

Cukup-cukup dengan kes penderaan kanak-kanak sebelum ni … macam mana dorang sanggup buat macam tu setelah Tuhan bagi kewujudan kanak-kanak tu kat dorang senang-senang dorang buat macam tu!!! Di mana keadilan untuk kejadian semua tu!!! Selamatkanlah kanak-kanak yang tidak berdosa itu ya ALLAH …

Al-Fatihah … semoga roh kanak-kanak tersebut dicucuri rahmat … Amin…

(Moral of the story: Sayangi and hargailah kurniaan yang Tuhan berikan …)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Malam Yang Membosankan ... ^_^

\


Ai korang .... mesti korang dah lena diulit mimpi-mimpi yang indah kan.kan.kan ... Aku tak boleh tidur la... kenapa ni !!! Nak kata dah tidur tak adala pulak,  lagi pun aku balik dari kedai kakak aku tadi pukul 10.00 pm. then sampai rumah dekat pukul 10.30 p.m jugala ... Nak makan macam malas (ayat menipu) kehkehkeh.

 Sekarang ni dekat pukul 12.30 a.m.... Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi yang pelik, pelik yang amat sangat ... aku tercari-cari bunyi apakah itu ... cari punya cari akhirnya aku temui jumpa juga dari arah mana datangnya bunyi itu ... bunyi tu datangnya dari P.E.R.U.T aku dah... ngeh.ngeh.ngeh. Alamak nak makan apa tengah-tengah malam buta ni ??? 

Tanpa memikir panjang aku terus menuju ke dapur untuk menyelongkar apa yang ada di dalam peti sejuk mak aku ... selongkar punya selongkar .... hasil rembatan yang aku dapat adalah seperti gambar kat bawah ni. Gambar tak berapa terang sebab dah tengah malam buta melantak. kehkehkeh.




(Attn2 .... aku bukan makan sorang tau ni... aku makan dengan adik aku, gila apa aku nak makan semua ... kolestrol tu. kehkehkhe)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

8 Rahsia Di Sebalik Ketawa Seseorang Wanita Itu





Siapa sangka kan dibalik di sebalik senyum tawa wanita ada terselit rahsia peribadi tersendiri.

Jom teliti sama-sama :-

1. Bila ketawa mulutnya terbuka lebar. Seorang wanita yang agak terbuka,tak ada pendirian tetap dan mungkin agak penakut.Apa jua yang terjadi dalam hidupnya samada masalah besar atau pun kecil seolah-olah tidak pernah ditanggapinya dengan serius.Apa yang penting baginya adalah menghadapi saja kenyataan yang datang.Wanita yang memiliki ketawa seperti ini juga pada umumnya pandai bergaul,berdedikasi dan selalunya disukai kawan-kawan serta orang di sekelilingnya kerana sikapnya yang bersedia menolong pada bila-bila masa yang diperlukan.Seorang yang mempunyai emosi yang tak menentu membuatkan amat sukar untuk menduga hati dan perasaannya.Dia juga seorang wanita yang biasanya menaruh minat yang mendalam dengan apa yang disukainya tetapi akan meninggalkan begitu saja bila tidak lagi menarik minatnya.Dalam urusan cinta,disebabkan tabiatnya yang sebegini ada kemungkinan dia akan mudah berubah hati,berpindah teman dari satu lelaki ke satu lelaki yang lain.

2. Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya naik ke atas. Biasanya wanita yang ketawa seperti ini seorang yang bersikap terbuka,bijak bergaul dan pandai memikat hati orang untuk menyukainya.Seorang yang pemurah dan tak pernah segan-segan menolong orang yang dalam kesusahan.Dalam tugas dan pekerjaan,dia seorang yang cukup bertanggungjawab dan bijak mengatasi tiap persoalan yang datang.Dia tak pernah ragu mengambil keputusan dan akan melaksanakan apa yang sudah menjadi tugasnya dengan baik.Pada umumnya,hatinya sukar untuk terpaut pada lelaki.Tetapi apabila sudah jatuh cinta,dia akan mengorbankan apa saja untuk orang yang dicintainya.

3. Bila ketawa wajahnya menunduk ke bawah. Wanita yang ketawa seperti ini biasanya bersikap agak tertutup,tidak suka berbasa-basi dan pandai menyimpan rahsia.Selalu berhati-hati dengan orang yang baru dikenali dan tidak akan sembarangan mencurahkan perasaannya.Suka menyendiri dan menjauhkan diri dari tempat orang ramai kerana dia akan merasa lebih damai dan tenang.Dia tak mudah jatuh cinta,apalagi sampai mengemukakan hasrat hatinya.Lebih suka bermain-main dengan perasaannya sendiri.Kesetiaannya memang sukar untuk terbeli dengan apa pun.

4. Bila ketawa suka menutup mulutnya dengan telapak tangan. Ekspresi ketawa seperti ini menandakan dia seorang wanita yang suka membandingkan dirinya dengan orang lain,tak percaya diri sendiri dan lemah dalam soal pergaulan.Sikapnya yang tidak berpuashati dengan diri sendiri membuatkan hatinya penuh keraguan dan kerap merasa dirinya tak bererti bila berhadapan dengan orang yang melebihi dirinya.Jika tidak mengenalinya secara mendalam,memang dia kelihatan seperti sombong tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati dan mengambil berat hal orang lain.Dalam bertindak dia selalu berhati-hati dan tidak ingin menyakiti hati orang lain kerana dia juga akan sangat marah jika hatinya disakiti.Dalam cinta,umumnya dia seorang wanita yang sangat setia namun sukar untuk memaafkan bila hatinya dilukai.

5.Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya turun ke bawah. Gaya ketawa seperti ini menunjukkan dia seorang wanita yang memiliki kemahuan yang keras,pantang menyerah dan tidak boleh ditunjuk ajar.Bila dia sudah mengambil keputusan,sukar untuk diubah lagi.Keinginannya banyak dan selalu tidak tercapai,maka itu dia sering merasa stress bila tidak berhasil memperolehi apa yang diinginkannya.Dalam pekerjaan seorang yang amat rajin dan bersedia berusaha untuk kemajuan masa depannya.Hati dan perasaannya agak sukar diduga,kadangkala gembira,kadangkala marah-marah.Bila dia marah memang amat sukar membuatnya baik kembali.Dalam soal cinta,umumnya dia seorang yang suka memerintah pasangannya dan sukar diatur sifatnya.

6. Bila ketawa kelihatan seperti senyum senyum saja. Dia seorang wanita berjiwa besar,boleh menerima nasihat dan pandai bawa diri.Selalu berhati-hati dalam pergaulan,tetapi pandai mengambil hati dan disukai ramai.Hati dan perasaannya senang diduga kerana dia cukup terbuka dalam mengemukakan apa yang diinginkan dan yang menjadi matlamat hatinya.Lelaki biasanya mudah jatuh cinta dengannya kerana sifatnya termasuk jinak-jinak merpati.Sering membuat lelaki penasaran namun jika hatinya sudah terpaut pada seseorang lelaki,sukar untuk dilepaskannya.

7 .Bila tertawa tubuhnya sampai bergerak/bahu bergoncang. Jenis wanita yang amat pandai mengambil hati,tidak ada pendirian tetap dan sukar diduga hatinya.Suka memerhatikan orang lain dan membuat orang tertarik padanya.Agak keanak-anakan dan memiliki khayalan yang tinggi tak mudah dicapai.Tempat yang ramai orang seperti pesta dan sebagainya merupakan tempat kesukaannya.Dalam cinta,dia biasanya mudah jatuh cinta.Baginya cinta bagaikan perjudian untung rugi.Walaupun demikian,dia memiliki cinta sejati yang akan diserahkan sepenuh hati,setia keakhir hayat,pada lelaki yang dicintainya.

  8. Bila ketawa mulutnya agak terbuka sedikit dan kedua-dua sudut bibir sedikit menurun ke bawah. Wanita yang tidak mudah meluahkan perasaannya dan pandai menyimpan persoalan diri jauh didalam hati.Bercita-cita tinggi dan sedia menerima nasihat orang lain dengan baik.Namun,dia juga bukan seorang yang terbuka dan bijak menyimpan rahsia.Juga seorang yang suka memendam perasaannya sendirian.Dalam cinta,dia seorang kekasih yang setia tetapi amat mengharap pasangannya yang selalu mengalah padanya dalam apa jua perkara.


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥