Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Sayang Apa Khabar Dengan Mu

.Assalamualaikum.

Saje je nak share dengan korang video ni. Maaf ye kalau ada someone terasa ... sekadar perkongsiaan and  renungan (renunganlah sangat) ^_^



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Good News ... Alhamdullilah Syukur Kepada Rahmatnya


.Assalamualikum.

  
Nampak tak pic kat atas ni ??? Agak-agak korang dan berapa bulan ???
Jangan salah sangka pulak eh, tu bukan kandungan fie. Kehkehkeh.
  
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ

Tadi fie dapat “MMS” daripada kakak fie yang no. 3 … Alhamdullilah ... syukur semuanya ok and selamat … Kandungan dia dah masuk 3 bulan …
Risau gak sebelum ni dia pernah alami keguguran … yelah bukan rezeki tapi kakak fie tu antibody dia memang tak berapa kuat. Kadang-kadang sebulan tu 2 atau 3 kali kakak fie demam … Tapi nasib baik suami dia faham dengan keadaan dia …
Kalau korang nak tahu kakak fie tu kata orang “cacat” seumur hidup akibat kemalangan jalan raya masa balik dari sekolah. Masa dia kemalangan tu umur dia 17 tahun … kakak fie dilanggar dengan lori and tercampak masuk ke dalam longkang sedalam (dalamlah juga. hehehe) and dimasukkan ke ICU hampir 2bulan … Masa tu doktor cakap keadaan kakak fie hanya “50-50” je , limpa dia kena buang sebab rosak teruk, badan dia kena jahit sana, jahit sini … kesian sangat … hanya Tuhan je yang tahu perasaan Mak fie masa tu … yelah dahlah ibu tunggal dengan membesarkan 9 orang anak sendiri. Semua tentang anak-anak Mak yang uruskan sendiri … begitu besar ujian yang Mak dapat. Walaupun dah hampir 25 tahun Arwah Ayah pergi tapi kenangan bersamanya tak akan pernah dilupakan walaupun masa tu fie hanyalah seorang kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang seorang “AYAH”… Selama 25 tahun Mak membesarkan fie dengan adik beradik dengan titik peluh sendiri … Alhamdullilah sekarang anak-anaknye semua berjaya … “Kami Keluarga Bahagia”


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Jom Hilangkan Mengantuk

.Assalamualaikum.

Korang mesti pernah rasa mengantuk gila masa kat pejabat atau time belajar tak pun mengadap komputer? Lagi-lagi kalau waktu malam sebelum tu mata korang tu tak hengat langsung nak lelap. kasi bukak luas-luas tengok bola atau buat aktiviti yang menyebabkan kornag lewat tidur ... Korang nak tidur kat tempat kerja atau time belajar? masa tengah menghadap komputer boleh pulak terlelap cehhhhh macam tu pun boleh ke ... kehkehkeh ... Jom skodeng tip hilangkan mengantuk kehkehkeh ... 
Pas ni korang jangan mengantuk-mengantuk lagi kat tempat kerja atau time belajar tau ....


1.   Hampiri kawasan bercahaya
Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.

2.   Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.

3.    Wangian aroma terapi
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

4.   Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.kan.kan

5.   Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

(“kalau fie kasi lelap sekejap kat meja 5-10 minit. Kehkehkeh-tapi time bos tak adala …”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Cara Dekatkan Jodoh (mencari cinta) ?

.Assalamualaikum.

Jodoh takkan datang bergolek??? Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Tapi apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri sebenarnya ...  


"Jangan sesekali labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) ".


Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai 
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab. 
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih 
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?

-Fobia bercinta (kenangan lalu )
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya)
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian 
-Restu ibu bapa 
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia
- Yang penting .... Banyakkan berdoa kepadaNya ... Isha Allah...

Dekatkan jodoh  ( bagi yang belum jumpa sesiapa ...)


*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat 
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu 
*Menyayangi semua orang di sekitar anda 
*Menyucikan hati 
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana . 
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman. 

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang yang dia suka ...) 

*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Perspektif tentang jodoh 

YANG SALAH
YANG BETUL
Jodoh tak perlu dicari
ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu
Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak
Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik
Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal
banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin
ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa
pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis
sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab

Apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita , jangan putus asa, mencuba sesungguhnya (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah , semoga ALLAH redha ... ^_^


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Paper Art Yang Comel

.Assalamualaikum.


Exercisekan minda Dengan Paper Art Yang Comel2 Sama Seperti Owner Blog Ni. kehkehkeh tak agak-agak. (sebenarnya tahap malas nak menaip entry ...)


























♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Hakikat Hari Kekasih, Korang Sanggup?

.Assalamualaikum.



Katakan Tidak Kepada Valentine's Day 4

Pertama, Hari Valentine (Hari kekasih) bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentinesebagai upacara keagamaan.
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine (Hari kekasih) sebagai satu ritual di dalam agama Kristian. Jadi, yang anak-anak remaja sekarang ini menyambutnya, motif?

("Apa pendapat korang 'Hari Kekasih' ni ")


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Aktiviti Hari Minggu ????


.Assalamualaikum.

Happy Chinese New Year!!! tak sempat nak update smlm ... mmm smlm banyak jugak aktiviti fie buat tapi tak smpat nak update sebab dok bz layan karenah anak buah fie. Sekarang ni mood malas nak menaip panjang-panjang. Jadi update pic jelah. hehehe

(kalau nak tau budak ni hantu coklat ... papa dia belikan semalam habis RM 50 untuk  dia sorang je ... serius!)



(yang ni santapan untuk lunch smlm ^_^)

 (yang ni santapan untuk dinner smlm sebelum masuk wayang ^_^)

 (so ... ni hasil tangkapan cerita yang fie tengok smlm ... mmm nak kata best bolehla... sebab dah belikan, best tak best kena tengok juga ... )


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Setia Hujung Nyawa Last Episode


.Assalamualaikum.

Jom layan Setia Hujung Nyawa Last Episode ^_^




♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Sihir Cinta ???

.Assalamualaikum.

mmmm tadi fie tengok "Semanis Kurma" episode S.I.H.I.R. C.I.N.T.A. sekarang ni kalau nak di ikutkan memang macam-macam kejadian yang dh berlaku. bukan setakat sihir cinta je... tapi macam-macam sihir... yelah bukan nak memburuk-burukkan seseorang tapi inilah hakikat sebuah kehidupan, pastinya ada cabaran, rintangan (erkk... macam sama je bunyinye.heheheh), semualah yang kadang-kadang membuatkan seseorang tu hilang pertimbangan dengan meminta pertolongan dengan cara yang terang-terang dimurkai ALLAH,  semata-mata ingin mencapai kepuasan hidup. Tapi semua tu hanya kepuasan sementara kat dunia ... aniaya orang yang terang-terang tak bersalah, meruntuhkan kebahagiaan seseorang, menjatuhkan seseorang, buat orang merana ... Seronok ke dengan buat macam tu ??? Puas ke dengan semua tu ???? okeyla kalau nak cakap pasal perkara ni pun belum tentu habis. kan.kan.kan.
 Jom baca kasi habis tanda-tanda kita or seseorang tu terkena "Sihir Cinta or Sihir Aniaya Seseorang" ...

- Tanda disihir: Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba2 jadi suka sgt dan nak kahwin,.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari, perkahwinan tiba2 dibatalkan, tiba2 dah malas layan suami/isteri..

- Bagaimana disihir? Selalu orang guna minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh2 selalu update dgn berita dlm newspaper utk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu

- Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran (ew!). Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)

- Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan

- Rawatan:
--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69

Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki

- Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi

- Jangan jumpa bomoh. Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam

- Banyak lagi pasal sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), penunduk (nasi kangkang), sihir tafrik (pemisah suami isteri).. ramai orang hilang pertimbangan dengan memilih jalan macam ni ... tapi yang pasti korang jangan cuba, try, test ye ... sayang korang!!!! ^_^


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Kucing Oh Kucing!


.Assalamualaikum.

Kucing ???? hari ni saja je nak masukkan pic kuncing kesayangan hamba … hehehehe Tapi sebenarnya kucing tu dah tak ada … *sobe2..* sedihnye … rindu kat “Mickey”!!!



masa ni fie ingat lagi ... "Mickey" merajuk sebab fie tak nak lyan dia main... hehehe



 ("kalau 'Mickey' ada nak gak fie pakaikan dia macam ni. kehkehkeh")


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

WonderPets Datang Membantu ???

.Assalamualaikum.

Toink.toink. kepala sakit, perut sakit, semuanya sakit! Nak buat macam mana ni ... aduh ... Telefon WonderPets mintak tolong pergi belikan "Panadol" jap. kehkehkehkeh

Linny : Telefon, telefon berbunyi!
Ming-Ming : Telefon, kami datang!
Tuck : Telefon, telefon berbunyi!
Linny : Ada manusia dalam bahaya.
Ming-Ming : Ada manusia dalam bahaya.
Tuck : Ada manusia dalam bahaya di sana!


Tuck : Itu fie sedang sakit perut dalam bilik.
Ming-Ming : Ini serius!
Tuck : Mesti tolong dia
Linny : Selamatkan fie!
Semua : Selamatkan fie!

Linny : Linny,
Tuck : Tuck,
Ming-Ming : Dan Ming-Ming juga!
Semua : Wonder Pets datang membantu!

Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!

Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Cuaca ribut dan angin kencang menghalang Wonder Pets bertolak, setelah bertungkus lumus akhirnya Flyboat dapat diterbangkan. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:


Semua : Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang membantu fie dalam kesusahan!
Ming-Ming : Kami tak besar,
Tuck : Dan kami tak kuat,
Semua : Bila bekerjasama semua jadi mudah! Hei, Wonder Pets! Yey!

Ketika nak menyelamatkan fie, Wonder Pets telah gagal dalam percubaan terawal. Setelah bahayanya semakin genting, akhirnya Ming-Ming menyanyi, ‘Ini serius!’. fie diberikan ubat "Panadol Actifast" dan mereka mengulangi lagu awal tadi:

Linny : Linny,
Tuck : Tuck,
Ming-Ming : Dan Ming-Ming juga.
Semua : Wonder Pets datang membantu!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!

Semua : Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya membantu fie dalam kesusahan.
Ming-Ming : Kami tak besar,
Tuck : Dan kami tak kuat,
Semua : Bila bekerjasama, semua jadi mudah! Hei, Wonder Pets! Yey!



("cerita di atas tiada kena mengena antara semua ... just kebengongan diri and sakit telah melanda ketika ini. hehehehe" ...")


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Setiap Waktu , Ada Dosanya Tersendiri


.Assalamualaikum.

Apa maksud solat ?

Maksud solat adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggotabadan , lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan . Lebih jelas apa yang dikatakan solat ialah  :

Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dan cara-cara yang ditentukan .

Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta rendah diri kepadaNya , sambil mengakui keagungan , kesempurnaan dan kekuasaanNya  .

Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah , dengan perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak . Berhadapan dengan Allah dengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk dan rasa ikhlas sambilberzikir , membesarkan Allah dan berdoa .

Mengapa Bersolat ?

Setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat atau sembahyang kerana solat itu adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan . Antara Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110 :

Maksudnya :

"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah . Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan ."

Dosa Orang Yang Tidak Melakukan Solat :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar .

Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya .

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan .

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya .

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya .

(“P/s :- Sekadar perkongsian semata2 untuk ke arah yang lebih baik … Harap dapat amik sedikit/sebanyak iktibar daripada entri kat atas . Dan , semoga kehidupan semua umat muslim kita pada masa akan datang lebih terjamin dan aman . Insyallah . Amin …”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Tak Puas Hati Dengan Roomate


.Assalamualaikum.

Entry kali ni fie nak selitkan sikit pasal roommate. Memang fie tak pernah ada roommate, tapi adik fie selalu mengadu “kak kita geramlah dengan roommate kita … geram sangat2! Apa yang kita buat semua tak kena kat mata dia, lepas tu kalau cakap perghhhh sinis sungguh sakit hati macam di hiris2 pisau belati (macam pernah kena hiris dengan pisau belati je budak ni). Fie cakap dengan adik fie biasalah tu lumrah kalau duduk reramai ni … ada je… tapi yang penting niat nak belajar tu di utamakan. Bab-bab macam tu … biasalah … budak-budak yang baru nak naik. Lantak kan jelah diaorang nak buat apa pun… yang penting jangan kacau orang (walaupun hakikatnya asik mengacau tak tentu hala, tuduh nak amik boypren dialah, nak rampas kawan baik dialah. Bla.bla.bla …) apa kes??? Mak bapak hantar g U suruh belajar bukan nak mengatal cari boypren. Buat-buatlah belajar dulu … cinta tu boleh je datang bila-bila masa. Tengok macam fie, relix je … boypren pun blum ada lagi tau. Kehkehkeh. Kalau ada di antara kalangan korang nak try step kat bawah ni jom. Tapi biarlah memadai. Ngeh.ngeh.ngeh …


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 “Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate masok balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka ****h, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ****h dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

macam besh je tengok pic kat atas ni ^_^ 

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

(“erk … korang dah berjaya buat jangan lupa rogerkan fie tau .. manalah tau menjadi step-step kat atas tu. Kehkehkeh”)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Lembu Dan Ayam ???


.Assalamualaikum.


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor.
Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
Tapi manusia
ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
telor aku,
macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang
pun tak pernah
panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

Hidup Manusia Seperti Sebuah BUKU


.Assalamualaikum.

 selamat pagi !!! ^_^

Cover depan adalah tanggal lahir.
Cover belakang adalah tanggal kematian.

Tiap halamannya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yang kita lakukan.

Ada buku yang tebal.
Ada buku yang tipis.
Ada buku yang menarik dibaca.
Ada yang langsung tidak menarik.

Sekali tertulis, tidak akan dapat di edit lagi.

Tapi hebatnya, seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih, baru dan tiada cacat celanya.

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun semalam.

Allah selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap harinya.

Kita boleh memperbaiki kesalahan semalam, semoga hari esok lebik baik drpd hari ini, terus memperbaiki diri sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkan-NYA.

Terima kasih Allah untuk hari yang baru ini...

Syukuri hari ini...

Dan isilah halaman buku kehidupanmu dengan hal-hal yang baik.

Dan, jangan pernah lupa, untuk selalu berdoa kepada Allah meminta keridoan-Nya, tentang apa yang telah ditulis tiap harinya.

Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita dapati diri ini sebagai pribadi yang berkenan kepada-NYA.

Dan buku kehidupan itu layak untuk dijadikan teladan bagi anak-anak kita dan siapapun setelah kita mati nanti.

Selamat menulis di buku kehidupanmu.

Menulislah dengan tinta cinta dan kasih sayang, serta pena kebijaksanaan.

Aku berdoa dan berharap:

"Agar Allah selalu merahmati kita semua"

Kerana...

Allah tidak pernah menjanjikan bahwa:

Langit itu selalu biru,
Bunga selalu mekar,
dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu:

Memberi pelangi di setiap badai,
Senyum di setiap air mata,
Berkah di setiap ujian,
dan jawapan di setiap do'a.

Jangan pernah menyerah,
Terus berjuanglah... 

(salam sayang dari "bedah hok aloh" ... ngeh.ngeh.ngeh ... )




♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥