Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

... Perkhidmatan Servis Astro Yang Terbaik ...

 .Assalamualaikum.

G.r.r.... malasnya nak menaip... haha tapi disebabkan ada perkara yang buat hati membara… terpaksa jugala menaip walaupun tak panjang mana.. keh.keh.keh

Cerita aku ni ada kena mengena dengan pihak Astro sebenarnya… pepagi nak pergi kerja Mak aku bagitahu Astro dah kena sekat angin satu badan aku pepagi….

Mak    : P*** Astro macam dah kena sekat je.

Aku    : Pergi depan TV tekan channel (sebab nak try) keluar “your card inactive please… bla..bla..bla..” malas nak taip. Haha

Mak    : Dah kena potong ke?

Aku    : Haah… (jawab dengan malas sekali!) anak durhaka haha

Mak    : Pergi bayar… ma nak tengok TV bosan duduk rumah sorang-sorang…

Aku    : Ok Ma….

Lepas tu aku pergi kerja macam biasa…tengah sedap-sedap breakfast ada panggilan masuk… spoil… aku angkat+jawab dengan nada malas. (haha)

Aku    : Hello… siapa ni?

No. Sesat     : Boleh saya bercakap dengan Cik Nor****** Binti Mohamed Z******

Aku    : Ye saya.. awak ni dari mana?

No. Sesat     : Saya wakil pihak ASTRO.

Aku    : Ye saya tau.. saya baru nak buat bayaran hari ni.. busy tak sempat (padahal tahap kemalasan  yang membuatkan malas nak g bayar last2 padan muka kena potong. Hahaha)

No. Sesat     : Err macam ni Cik Afi*** pihak kami menawarkan kepada pihak Cik tawaran dalam erti kata Rebate yang tidak memerlukan Cik Af*** membayar jumlah tertunggak. Cik Af*** hanya perlu menjelaskan sebanyak RM 20.00 untuk penyambungan semula.

Aku    : Hurmmm saya ada 2 no akaun dekat ASTRO ni. Betul ke yang dapat tawaran ni no akaun saya yang 085******. Kang tetiba salah pulak nanti.

ASTRO          : Betul Cik Af**** mengikut data kita memang no akaun tu yang dapat Rebate. Jadi Cik Af**** cuma perlu bayar RM 20.00 untuk penyambungan.

Aku    : Ok. Saya bayar RM 20-00 tu hari ni.

ASTRO          : Sebelah petang saya akan hubungi Cik Af**** semula untuk mengesahkan bayaran tersebut.

Aku    : Ok. (Dalam hati aku jawab bab bayaran cepat je)

Lunch time aku mintak budak office boy aku g bayarkan bill tu kat TM Point. Belah petang aku dapat panggilan dari pihak ASTRO tu cakap bayaran jumlah tu tak masuk lagi dalam akaun aku… myb system macam siput kot… sebab tu lambat masuk. Then aku Tanya bila penyambungan boleh di buat. Penyambungan akan dilakukan dalam tempoh 3hari bekerja. Dalam hati baik aku bayar semua je tadi. Penyambungan tak sampai 3jam -_-“.

Lepas 3hari aku call balik ASTRO… dail punya dail…. Maaf… kakitangan pihak kami ketika ini sedang sibuk..bla.bla..bla…
Tapi aku tak berputus asa… aku call balik (hahaha)

ASTRO          :        Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Ada apa-apa yang boleh pihak kami bantu cik (dalam hati aku call ni memang nak kan bantuan kalau tak takkan aku nak call saje2 je kot -_-“)

Aku    : Saya Nora*********** no ic saya ***********

ASTRO          : Sebentar cik saya buat semakan.

Aku    : Tunggu….Tunggu…dan Tunggu….

ASTRO          : ok Cik Af**** ada apa-apa yang perlu kami bantu?

Aku    : Ye… 3hari lepas saya terima panggilan daripada ASTRO mengatakan yang saya punya akaun ni dapat Rebate. Pihak ASTRO mintak saya jelaskan RM 20-00 sebagai penyambungan dan saya dah pun buat bayaran tu di mesim TM Point. Jadi boleh saya tau bila boleh sambungkan semula perkhidmatan tu??? Sebab kata 3 hari bekerja je kan.

ASTRO          : Ok cik sebentar saya buat semakan…

Aku    : ok.. (dalam hati tetap nak menjawab asik buat semakan je) keh3

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok cik Af**** sepertimana semakan di dalam data pihak kami tidak ada membuat mana-mana panggilan kepada Cik Af****.

Aku    : Plak…. Habis siapa plak yang call saya tu.

ASTRO          : Sebentar saya buat semakan…

Aku    : Again……

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** mungkin yang membuat panggilan tersebut daripada agent kami. Sebab sebagaimana data Rebate tersebut telahpun berakhir akhir bulan 12 tahun lepas. Tetapi pihak kami akan membuat semakan tentang panggilan dan Rebate tersebut.

Aku    : Tak kisahla macam manapun… yang saya tahu akaun saya tu kena aktivkan balik saya dah buat bayaran macam mana pihak awak suruh jelaskan.

ASTRO          : Pihak kami akan cuba secepat yang mungkin. Ada apa-apa lagi yang perlu kami bantu cik??

Aku    : Tak ada. Terima kasih.

ASTRO          : Ok cik Af**** terima kasih kerana menghubungi pihak kami.

G.r.r….. geram je call… 20 minit kot masa habis macam tu je bercakap dalam telefon. Buat bill melambung je… Hurmmm tak silap aku esoknya kot astro kat rumah aku tu sambung balik… ok fine terima kasih kerana memberi kerjasama. Hahaha

After seminggu… akaun ASTRO aku deactive balik… G.r.r…… sangat2 geram…. Sangat2 tak suka nak kena call2 bagai ni.. macam buang masa plak… sebab soalan and jawapan pasti akan sama je..

Last2… aku pergi customer service dekat BP Mall… puan saya nak tanyala kenapa akaun saya deactive balik sedangkan saya dah buat bayaran. Sebab sebelum ni saya dapat panggilan daripada pihak ASTRO mengatakan akaun saya dapat Rebate+++ bla…bla…bla… (harap maklum malas nak taip sebab soalan sama je) haha.

COUSTMER SERVISE           : ikut prosedur memang macam tu cik. Penyambungan akan dilakukan dalam masa 1 minggu sebab pihak ASTRO kena buat semakan berkenaan Rebate tersebut.

Aku    : Masalahnya saya dah bayar…. Sambung seminggu after that potong balik. Dahla setiap kali penyambungan kena caj RM 20-00. Nak berapa banyak sedekah.

ASTRO          : Kita tak boleh buat apa-apa selagi bayaran tu tak masuk dalam data cik.

S***** Aku     : Mana boleh u all buat macam ni. Dah sambung lepas tu potong balik. Then caj customer. Sepuluh kali potong sepuluh kali nak bayar caj tu??? Suruh kita bayar.. bila dah bayar jadi macam ni plak. Baik tak payah bagi apa-apa Rebate. Means sama je jumlah penyambungan dengan Rebate tu. (dengan sinis s***** aku jawab) haha amik kau -_-“

Aku    : Tak apala kalau macam tu. Terima kasih ye sebab bagi penerangan yang sama je. (hahah jahat btul aku)

Lepas dari seminggu… sama je… penyambungan tu tak di lakukan pun… aku rasa seminggu adalah 2 3 kali aku call. Tapi malas nak menaip sebab soalan and jawapan tetap sama… sakit hati -_-“

Dah masuk 2 minggu aku call balik tanya kenapa akaun still tak active….

ASTRO          :        Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Ada apa-apa yang boleh pihak kami bantu cik (dalam hati aku call ni memang nak kan bantuan kalau tak takkan aku nak call saje2 je kot -_-“)

Aku    : Saya Nora*********** no ic saya ***********

ASTRO          : Sebentar cik saya buat semakan.

Aku    : Tunggu….Tunggu…dan Tunggu….

ASTRO          : ok Cik Af**** ada apa-apa yang perlu kami bantu?

Aku    : Ye… 2minggu lepas saya terima panggilan daripada ASTRO mengatakan yang saya punya akaun ni dapat Rebate. Pihak ASTRO mintak saya jelaskan RM 20-00 sebagai penyambungan dan saya dah pun buat bayaran tu di mesim TM Point. Sekarang ni dah nak masuk setengah bulan still tak active. Macam mana boleh jadi macam ni. Dah suruh bayar. Kita dah bayar. Tapi jadi macam ni. Baik tak payah bagi Rebate.

ASTRO          : Ok cik sebentar saya buat semakan…

Aku    : ok.. (dalam hati tetap nak menjawab asik buat semakan je nasib suara mamat ni merdu macam anuar zain) haha

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok cik Af**** sepertimana semakan di dalam data pihak kami tidak ada membuat mana-mana panggilan kepada Cik Af****.

Aku    : Plak…. 2minggu lepas macam tu juga pihak awak cakap. Kalau tak ada dapat apa2 Rebate just bagitahu je… tak payah menyusahkan orang mcam ni banyak kali nak kena call. Ada banyak kerja lagi saya nak buat.

ASTRO          : Sebentar saya buat semakan…

Aku    : Again……

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** mungkin yang membuat panggilan tersebut daripada agent kami. Sebab sebagaimana data Rebate tersebut telahpun berakhir akhir bulan 12 tahun lepas~~~. Tetapi pihak kami akan membuat semakan tentang panggilan dan Rebate tersebut.

Aku    : Tak kisahla macam manapun… saya nak awak buat semakan sekarang juga akaun saya tu terima Rebate ke tak. Tu je..

ASTRO          : Sebentar saya buat semakan…

Aku    : Again……

ASTRO          : Terima kasih menunggu… ok Cik Af**** di sini saya ingin memohon maaf di atas kesilapan agent kami menghubungi pihak cik Af**** dengan menawarkan Rebate tersebut. Sepertimana semakan kami dapati akaun cik Af**** yang menerima Rebate tersebut adalah 0910**** dan bukanlah 085**** seperti yang Agent kami sampaikan.

Aku    : wait… sekarang ni saya rasa sangat2 marah. Kenapa pihak awak tak ada hubungi saya terangkan kesilapan tersebut. Dekat setengah bulan kot saya tunggu call macam orang apa. Saya banyak lagi kerja nak buat dari nak call pihak awak banyak2 kali tau tak…

ASTRO          : saya tau cik Af**** pihak kami mohon maaf di atas kesilapan tersebut.

Aku    : Awak taukan customer is always right??? Tak boleh la pihak awak macam tu. Bila kita tak bayar pihak awak kejar-kejar suruh bayar. Bila jadi macam ni ada pihak yang terangkan kembali pada saya??? Kalau saya tak buat complaint myb lepas ni kena kat orang lain. Berlaku kat orang lain.

ASTRO          : Ye cik Af**** betul apa cik cakap… pihak kami akan membuat semakan semula ke atas tawaran Rebate yang cik Af*** cakapkan tu. Sekiranya Cik Af*** tidak mahukan Rebate tersebut Cik Af**** haya perlu menjelaskan kesemua jumlah yang tertunggak tersebut dan pihak kami akan membuat penyambungan seperti biasa…

Aku    : Saya tau awak pun menjalankan tugas juga tapi bila difikirkan balik kalau tak esok lusa benda ni jadi kat orang lain pulak. Sebelum ni bayar auto debit memang tak ada apa-apa masalah… tapi yang menjadi masalahnya potong mak ai… sekali banyak. Padahal pakej biasa je kot… mustika pun tak ada. Tapi potong melalui debit macam langgan HBO.. so funny….

ASTRO          : Macam ni Cik Af**** sepertimana yang saya katakan tadi sekiranya cik Afidah tidak mahu tawaran Rebate tersebut cik Af**** hanya perlu jelaskan jumlah yang tertunggak. Tetapi mengikut semakan Akaun Cik 085****** memang tak dapat mana-mana Rebate yang menerima Rebate adalah akaun 095****** tersebut. Sekiranya pihak cik nakkan juga Rebate tersebut pihak kami akan memasukkan akaun cik tersebut sebagai penerima Rebate tersebut. Akan tetapi mungkin mengambil masa seminggu atau lebih.

Aku    : Kalau saya bekeras nakkan juga Rebate tu juga macam mana. Sebab hal ni bukan salah saya. Pihak awak yang call beriya-iya bagitahu yang akaun saya ni dapat Rebate. So tak salah kan kalau saya nakkan juga Rebate tu??? (G.r.r….. geram tau tak… -_-“)

ASTRO          : Macam saya cakap tadi saya kena buat semakan semula dan kena dapatkan semula no telefon dan id pihak yang call Cik tu. Selagi tak dapat panggilan dari agent tu siapa yang call pihak kami memang tak boleh buat apa-apa.

Aku    : Tak apalah encik… saya jelaskan semua yang tertunggak tu.. RM 128.80 kan… Hari ni juga saya bayar. Penyambungan amik berapa lama plak?

ASTRO          : Selepas cik buat pembayaran cik hubungi costumer servise untuk penyambungan semula dan pihak kami akan sambungan dalam masa 3jam.

Aku    : Ok. Terima Kasih. I’m sorry kalau ada terkasar bahasa. Tapi customer berhak bersuara macam mana sekalipun. Sebab dalam hal ni yang salah pihak awak bukan saya. Jadi tolong ambil perhatian sikit pasal ni. Kemungkinan besar kena kat orang lain plak.

ASTRO          : Sama-sama. Tak apa Cik saya faham. Saya juga mohon maaf kerana terpaksa menunggu lama di dalam talian.

Hari tu juga aku g buat bayaran jumlah yang tertunggak tu. Tapi aku buat bayaran kat kaunter Maybank Berhad. Nak bayar dan…danlah… system off line bagai… nak bayar
kat mesin TM Point kang lambat pulak payment dia masuk nanti.

Lagi sekali aku call costumer servise bagitahu yang aku dah bayar. Then aku tanya boleh sambung hari ni juga tak. Ehhh dia jawab pulak dalam masa seminggu baru boleh sambung. Tak ke hangin aku satu badan -_-“ G.r.r……

Aku apa lagi..semburla bagitahu tak bayar macam ni dah bayar pun macam ni juga ke??? Dahlah setiap penyambungan kena caj RM 20-00. Baik aku tak payah g bayar tadi keluar tengah-tengah panas semata-mata nak bayar bill. Hangin….hangin….

Mak aku dok asik call… kenapa tak sambung lagi.. aku jawabla…
Ma… ASTRO ni dah nak bankrupt kot sebab tu banyak sangat cengkadak dia. Dah bayar pun banyak songeh juga… “

Pada aku kan… hal macam ni tak patut jadi kat sesiapa sebab menyusahkan orang sebab orang banyak lagi urusan yang nak diuruskan dripada duk melayan karenah ASTRO ni. Sebelum ni memang guna auto debit je bayar… tapi dekat setahun bayar melalui auto debit tengok melalui penyata akaun bayaran yang ditolak tak menepati bayaran bulanan yang kita langgan. Dahlah caj tax dia je dah berapa ringgit… pas tu penyambungan kena caj lagi… sepanjang bayar guna auto debit sekeping bill langsung tak pernah sampai kat rumah… jangankan bill… sampul surat daripada ASTRO pun tak pernah sampai.. Nampak tak permainan dia -_-“. Dahlah siaran sama je… berulang2 dalam satu hari tu.

Kita pengguna berhak untuk bersuara sebab kita bayar siaran dia sebab nakkan perkhidmatan yang ok. Kononya bertukar kepada B-yond siaran takkan terganggu kalau hujan or apa-apa. Tapi sama je… siaran tetap terganggu kalau hujan. Jadi adil ke apa yang kita bayar tiap-tiap bulan tu dengan perkhidmatan yang dia bagi tu??? Bukan nak bersikap kurang ajar or apa… tapi customer is always right…  lagi-lagi dalam hal macam ni… betul tak???

So apa kata kita ramai-ramai like laman ni ngeh3x…


Hahah dahla.. penat aku menaip pasal ASTRO ni.. buat hangin aku satu badan je…


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

13 comments:

Cikna said...

Astro mmg camtu, servis hampeh senyap je kalau lmbt byr cepatlak amik tindakan.....'

zuhdi sanusi said...

haha., betul punya marah ye., sabo2 jgn nk melenting, tarik nafas panjng2 :D

Aku Budak Kampung said...

@: Cikna
betul tu cikna... :)

Aku Budak Kampung said...

@: Zuhdi sanusi
hehe tak melenting tapi... kita cuma manusia biasa kadang2 susah juga nak menahan rasa marah.. wink.wink.wink ;)

Anonymous said...

Astro memang puki mak! Kalau ada servis tv lain tolong bagi tahu, aku kalau boleh tak mau Astro dah! Sial toya anak haram! Fuck Astro!!!!!!!!!

Anonymous said...

hehehe...beriya2 la taip af****....last2 tertaip jugak Afidah...

Anonymous said...

hehehe...beriya2 la taip af****....last2 tertaip jugak Afidah...

Anonymous said...

hehehe....beriya2 la tulis Af****...last2 tertulis jugak Afidah...

Anonymous said...

Anyone know kalau astro kena potong siaran mana blh tengok

Mohdbalkis Balkis said...

Astro sial bgsat byr lebih tk tnya lbih satu hari dah potong nk buat penyambungan mkn berminggux baik guna astro siam

Mohdbalkis Balkis said...

Astro sial bgsat byr lebih tk tnya lbih satu hari dah potong nk buat penyambungan mkn berminggux baik guna astro siam

amin rahim said...

Call customer service kna caj.lmbat bayar kna caj rm 20..bla nk kutip dt laju je call sruh bayar...mmg terbaik la astro....

amin rahim said...

Call customer service kna caj.lmbat bayar kna caj rm 20..bla nk kutip dt laju je call sruh bayar...mmg terbaik la astro....