.Assalamualaikum.
Sebenarnya novel
ni fie dah lama baca kasi habis tapi tak sempat nak kongsi dengan korang
isi-isi yang ada kat dalam novel ni … first baca novel ni … tetiba je meremang
terus bulu roma … tak percaya ??? Korang cari and baca lah isi novel tu … confirm
terangkat bontot. Kehkehkehkeh.
Okey, kisah
Hingga Hujung Waktu digerakkan oleh misteri sebuah jam antik di Mahligai Cahaya
– rumah agam tiga tingkat milik Datuk Osman dan Datin Shamsiah. Jam antik itu
akan berbunyi seperti suara perempuan menjerit tepat pukul 12 tengah malam, dan
hanya berlaku pada setiap malam jumaat sahaja. Ada cerita disebalik kejadian
itu. Klise cerita seram, hantu itu semestinya roh yang tidak tenang. Plus,
mesti mangsa itu mati dibunuh dan mayatnya tidak disempurnakan dengan
sewajarnya. Maka jadilah ia hantu yang membalas dendam.
Dalam novel
Hingga Hujung Waktu, hantu tu adalah Ayu Aleya yang mati dibunuh oleh Zulkefli,
orang suruhan Datuk Osman. Ayu Aleya merupakan perempuan simpanan Datuk Osman.
Ini kes cemburu. Mayat Ayu Aleya disembunyikan di dalam sebuah jam antik dan
berada di situ selama 4 tahun!!! Datuk Osman dan Zulkefli (suka pada Ayu dalam
diam) cemburu bila Ayu Aleya dan Irfan menyintai satu sama lain. Untuk
menghalang hubungan tersebut, Datuk Osman telah menghantar Irfan ke Australia
dengan alasan menjaga perniagaannya di sana. Semasa di sanalah, Irfan
diberitakan yang Ayu telah hilang tanpa dapat dikesan.
Okey, Saidee
Nor Azam menggunakan penceritaan imbas kembali untuk menghubungkaitkan perkara
yang berlaku. Ia dilakukan dengan sangat teliti dan terperinci. Jadi tidak ada
sebab untuk pembaca rasa keliru bila baca sekejap ke belakang sekejap ke depan.
Datuk Osman menganggap Irfan Rushidi sebagai anak sendiri sementelah dia dan
isterinya tidak memiliki anak. Datuk Osman telah mewariskan segala hartanya
kepada Irfan. Selepas kematian Datuk Osman, Irfan terpaksa balik ke Malaysia
untuk menguruskan beberapa perkara termasuk mencari Ayu Aleya yang dikatakan
hilang. Pencarian itu dibantu oleh Rashdan, seorang penyiasat persendirian. Di
sinilah mula terbongkarnya rahsia demi rahsia sehingga menjadi kes polis. Sisi
gelap Ayu Aleya mula diketahui dan kematiannya pula mengundang rasa kecewa di
hati Irfan. Inspektor Maria yang mengendalikan kes ini pula mula menaruh hati
pada Irfan namun hanya bertepuk sebelah tangan. (penuh dengan gimik)
Irfan
mengambil keputusan untuk kembali ke Australia. Di sana dia bertemu dengan Nur
Fazura yang mirip wajah Ayu Aleya. Cinta di hati Irfan berputik kembali. Namun
dia tahu Nur Fazura bukanlah Ayu Aleya. Kerana itu dia mengambil keputusan
untuk mengahwini Nur Fazura yang menyintainya sepenuh hati. Berjayakah mereka
menyulam kasih hingga hujung waktu? Apa, nak lagi??? kehkehkeh mana boleh …
korang carilah novel tu kat pasaran and baca sendiri kasi habis …
(maaf ye kalau ada tersilap or apa … sekian … ^_^)
8 comments:
Tajuk dia macam hingga hujung waktu
bahagia yang tercipta hanya sementara, walau ke hujung waktu
nice quote
fie, jual la buku ni kat sy...hihihi~
@: Cik Bella
mmm tajuk buku tu memang Hingga Hujung Waktu hehehe... cuma sama macam "Hingga Hujung Nyawa" ^_^
@: mr broken heart
bahagia selamanya memang diperlukan ... seandainya kita bijak mengaturnya...
@: Cik Muda
erk... jual??? hehehe tak boleh.tek boleh. ^_^
Mummy saya pun ada buku macam ni, dia simpan sebagai koleksi.. saya tidak pernah baca... tebal betul buku ni..hehehe
@: Sherlyanna Angiela
bacalah... dh habis baca mesti tak nak baca lagi. kehkehkeh
Post a Comment