Lelaki
perlu tahu yang perempuan:
Sensitif :
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan
perhatian.
Cerewet :
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya
sekali sekala.
Halus : Ibarat
sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun
seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya
WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan
DENDAM …
Ikhlas :
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
Korban :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk
ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah …
Prihatin :
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja :
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA
masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang
bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego : WANITA
yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila
bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta : CINTA
pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks : SEKs
bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan
satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula
dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA
dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan
LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai
pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI
dan PERASAAN WANITA”
Perempuan
juga perlu tahu yang lelaki … !!!
Lelaki juga
boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
Jika seseorang
lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi
bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang
mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan
masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh
seorang wanita.
Lelaki boleh
menerima penolakan dengan baik.
Lelaki cuba
menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
Lelaki memang
dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat
wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi
pantai atau swimming pool.
Kebanyakan
lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali
pertama!
Lelaki cuba
meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati
wanita.
Bila lelaki
cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau
kurang setuju.
Bila lelaki
cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap
jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan
lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa
lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak
boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata.
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan ... dan tak faham kenapa
perempuan bersikap begitu begini …
Kadang2 lelaki
perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan
supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa
hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia
tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan ... :)
Bila lelaki
tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki
tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu
hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak
menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang
perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau
lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti …
Adalah
memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan
lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air
mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata
senjata perempuan.
Lelaki
bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka
juga normal dan mempunyai kelemahan!
2 comments:
wahh..nice info dear...sy suke chocolate moist...
i love choc moist..hurmmmmmm...dapnya...
Post a Comment