Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Cara Dekatkan Jodoh (mencari cinta) ?

.Assalamualaikum.

Jodoh takkan datang bergolek??? Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Tapi apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri sebenarnya ...  


"Jangan sesekali labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) ".


Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai 
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab. 
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih 
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?

-Fobia bercinta (kenangan lalu )
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya)
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian 
-Restu ibu bapa 
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia
- Yang penting .... Banyakkan berdoa kepadaNya ... Isha Allah...

Dekatkan jodoh  ( bagi yang belum jumpa sesiapa ...)


*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat 
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu 
*Menyayangi semua orang di sekitar anda 
*Menyucikan hati 
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana . 
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman. 

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang yang dia suka ...) 

*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Perspektif tentang jodoh 

YANG SALAH
YANG BETUL
Jodoh tak perlu dicari
ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu
Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak
Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik
Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal
banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin
ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa
pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis
sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab

Apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita , jangan putus asa, mencuba sesungguhnya (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah , semoga ALLAH redha ... ^_^


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

8 comments:

yan shamba said...

wah..manelah jodoh kite ni??hehe...kenangan lalu mmg paling nk lupakan :)

mr broken heart said...

jodoh itu RAHSIA Dia...maka, kalau ditakdirkan tiada, cr sampai hujung dunia pun, tak kan ada..tp kalau ada, xperlu dicari...akan datang sendiri... =D

Aku Budak Kampung said...

@: yan shamba
kenangan lalu kadang2 mmg nk dilupakan ... tapi kadang2 kenangan lalu jugalah yang mengusik "JIWA" ^_^

Aku Budak Kampung said...

@: mr broken heart
memang semua tu RAHSIA Dia ... ajal, maut,Jodoh semua ditangannya ... tapi kita sebagai manusia kena berusaha. klu dh tak ada nak cari tu mmng payahlah jawabnya ... bagi makan hati nyamuk pun, tarak juga.hihihi

#betul tu kalau dh ada, JODOH tu akan datang sendiri kt kita ... :)

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Mat Som said...

Entri yang mantap, lengkap dan padat,
sangat berguna utk yang sedang mencari teman hidup.

Doa itu amalkan hari-hari
Mohon dengan bersungguh-sungguh

Macam........ budak kecik mintak aiskrim,

cik ara said...

kak fie .. kite rasa sgt tenang baca entry ni .. thanks :)

Aku Budak Kampung said...

@: cik ara
kenangan yang sama akak rasakan ... ^_^