Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

PeRLuKaH SeKuFu???

  
Assalamualaikum ....

Kepala otak aku dah jem... apa pendapat korang pasal sekufu ni?? pada aku benda tu depend pada masing-masing, kalau tak mana datangnya cerita-cerita sensasi budak-budak sekarang ikut boyfrnd lari la, apa la ... sebabnya terlalu obses cinta kan pasangan sampaikan tak fikirkan hala tuju hidup dengan masa depan sendiri. 
Kat sini aku nak kongsikan sikit pasala pasal sekufu. 

Mungkin ada yang tidak faham dengan maksud SEKUFU itu sendiri
yang mana dari pandangan aku merupakan persefahaman atau persamaan di antara dua pihak yang manaboleh meneruskan kehidupan dengan bahagia dan tenang… Insyallah…


~Apa itu sekufu~?

1.   Sekufu bermaksud persamaan, kelayakan atau sepadan;

2.   Sekufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing maka bolehlah memfasakhkan pernikahannya itu dengan alasan tidak sekufu…


Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan sekufu ini???


Apa pandangan korang semua??? Penting atau tak??? bagi aku  ia adalah depend pada individu tersebut…
Sudah semestinya akan timbul percampuran pendapat dari ibubapa
Ibubapa mestilah inginkan yang terbaik untuk anak-anak kan
(“memang dah tak boleh lari dah tu”)
ramai yang menitikberatkan tentang pangkat, keturunan yang tinggi, gaji, pekerjaan yang mewah, serta harta. Malah, agama yang terakhir dinilai dalam perkahwinan…
incase, semasa merisik pun akan disoal selidik sehingga ke titik noktahnya…
tapi disebalik soal selidik tu, adakah ditanya soalan seperti
cukupkah solat nya, boleh jadi imam kah, berapa kali khatam quran atau berzanji???
Pernah dengar tak orang Tanya soala-soalan seperti ini…
Maybe ada tapi jarang-jarang…

Walaubagaimanapun, aku tak la menidakkan hal ini…
malah sekufu ni juga penting…
sebelum berkahwin, 55% sikap baik yang kita lihat adalah palsu belaka
maka selepas berkahwinla yang kita nampak sebenarnya-benarnya pasangan kita macam mana …

oleh itu …
apa yang dapat disimpulkan disini …
-saling memahami antara satu sama lain
-faham tanggungjawab masing-masing
-perlukan keimanan dalam diri
-amalkan HARMONI … J

H-hormat antara satu sama lain
A-ambil berat
R-ramah mesra
M-makan bersama
O-oK selalu
N-nikmat
I-istiqamah (kasih sayang, ibadat, adab)


 “Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufudengannya” …

CINTA :

(sebelum berkahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa;
I = impian indah ibarat Syur…ga;
N = nikah impian utama;
T = taat setia membawa bahagia;
A = awal dan akhir bersama-sama.

(selepas berkahwin)

C = cuka yang tuang pada luka;
I = iblis yang merosak minda;
N = nafsu semata-mata;
T = tuba yang dibalas semula;
A = api dalam neraka.

 KASIH :

(sebelum berkahwin)

K = kongsi semua suka duka;
A = abang, adik, ayang, anja, PAPA dan MAMA;
S = sumpah janji dibibir sentiasa;
I = istana bahagia dah dicipta;
H = hatiku hatimu jua.

(selepas berkahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala;
A = abuk pun tara, nak makan apa???;
S = simpati langsung tak ada;
I = ironi membara jiwa;
H = hidup mati sama saja.

SAYANG :

(sebelum berkahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!;
A = asal free mesti nak jumpa;
Y = you lap me, I lap you;
A = apa saja sanggup diduga;
N = nak itu, nak ini … mesti dapat;
G = gula-gula, coklat, teddy besar hadiah utama.

(selepas berkahwin)

S = salah sikit kiamat dunia;
A = air tak sedap, basahlah mata;
Y = yang betul dia saja;
A = ada tak ada, bagi anak reti la;
N = nak dilawan, digelar derhaka pula;
G = gaduh sampai lebam.

 HATI :

(sebelum berkahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta
A = air paip pun jadi manis macam gula;
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila;
I = igauan indah jadi tak terkira.

(selepas berkahwin)

H = hantu jembalang lagi baik dan sempurna;
A = air mata jangan katalah memang jadi teman setia;
T = tempat mengadu hampeh dah tak ada
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa … nak buat macam mana.

So… Renung-renungkan selamat beramal :)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

No comments: