Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Aku Kaki Novel - Mampu Menyintai

Assalamualikum  ...

Entri aku kali ni sekadar nak berkongsi pandangan n pendapat korang tentang Novel (tak kirala Novel apa pun ..). Aku salah seorang peminat setia dalam membaca macam-macam Novel, Bicara Hati, Isteri Separuh Masa, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Calon Jodoh Untuk Adik, ish kalau aku tulis semua mau tak muat entri ni. keh.keh.keh.  Mesti dalam kalangan korang peminat setia dalam membaca novelis ni kan.kan.kan. Baru-baru ni aku baru habis baca bertajuk " Mampu Mencintaimu - Auni Amauni" ...
Pada aku novel ni bolehla ada pengajaran sikit-sikit di dalamnya di mana "Sesebuah perkahwinan itu haruslah diterima dengan redha dan ikhlas sebab "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami" ... (Jom baca sinopsis di bawah)



" Kerana sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya. Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan. Tidak terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji itu, yang membuatkan ibu dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali.
Selepas selamat diijab kabul, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya kerana perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Perasaan benci yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah."

Apakah yang terjadi selepas peristiwa itu, bagaimanakah dengan kehidupan Sarah Humaira? Ha...korang kenalah beli novel Mampu Mencintaimu ni kalau nak tau kesudahan cerita Sarah Humaira ni… 


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

4 comments:

Siti hidayah said...

Maaf jika aku tak sempurna tu best kan? btw, sy pun suka baca koleksi kaki novel :D

Nor Afidah Mohamed Zulkifli said...

Jangan lupa kongsi koleksi2 terbaru kaki novel :)

Akmal Khalidah said...

Dah lama tak layan novel ~_~

eyQa yushaiZa said...

Hari tu jumpa, tapi tak beli. Menyesal sudah..
btw, sy follow sini :)