Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Amalan dan Doa Murah Rezeki. Kita Minta, Allah Pasti Beri!


Jom ingin berkongsi beberapa ayat yang berguna bagi tujuan menambah rezeki serta memohon hajat dari Allah S.W.T.



 Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim.

Ya Allah ya tuhan kami tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
tiada daya dan upaya kami, hanya kami berharap pada pertolongan Mu

Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah cahaya di dalam hati kami
jadikanlah cahaya di pendengaran kami
jadikanlah cahaya di hadapan kami
jadikanlah cahaya di belakang kami
jadikanlah cahaya di kanan kami
jadikanlah cahaya di kiri kami
jadikanlah cahaya di atas kami
jadikanlah cahaya di bawah kami

jikalau cahaya itu sukar untuk kami, maka Engkau mudahkanlah cahaya itu untuk kami
jikalau rezeki kami dilangit, maka Engkau turunkanlah
jikalau rezeki kami diperut bumi, maka Engkau keluarkanlah

HASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKIL
HASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKIL
HASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKIL

(tarik nafas dan pintalah di dalam hati)

*Gantikan ‘KAMI’ menjadi ‘AKU’ jika berdoa sendirian.

:: Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, hanya Engkau Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥