Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Jom Kongsi 5 Cara Jadikan Hari Minggu Menyeronokkan



.Assalamualaikum.

Aku nak kongsi sikit pasal entry ni. Yelah Hari Ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh korang yang bekerja. Hari untuk berehat, berseronok-seronok bersama keluarga di rumah ataupun melakukan aktiviti yang dah lama tertunda ... 

Mungkin ada kalangan korang yang tak tahu ada program nak dilakukan pada hari Ahad bersama keluarga tercinta, kawan-kawan, mmm sape-sape jelah kan selain terperuk kat rumah je. Mana tahu panduan kat bawah ni memberikan korang idea baru. Yelahkan lebih baik pergi tempat-tempat macam ni daripada pergi tempat yang tak tentu hala... betul tak. betul tak.betul tak. kan.kan.kan ...

Pergi Ke Zoo
Ini antara agenda biasa yang menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak bersiar-siar. Banyak spesies haiwan dapat diperhatikan dan dipelajari. Semuanya dapat dilihat dengan hanya berkunjung ke satu tempat. Selain berhibur tatkala bercuti, ia dapat menambah pengetahuan anak-anak. (tempat ni je 2 kali aku pergi tahun lepas, ok lah tu kan.kan.kan)

Bersiar-siar Ke Kawasan Rekreasi
Beriadah bersama keluarga adalah satu aktiviti yang sihat. Menghabiskan masa hujung minggu di taman-taman rekreasi memang menyeronokkan kerana banyak yang diperoleh di tempat seperti itu. Persekitaran menarik, udara segar, secara tidak langsung pengetahuan tentang flora dan fauna juga bertambah. (yang ni aku tak berapa suka nak pergi... sebabnya??? hehehe adalah ...)

Menonton Wayang
Aktiviti ini memang digemari tidak kira orang dewasa mahupun anak-anak. Jika ingin membawa anak-anak menonton, pastikan filem pilihan sesuai ditonton seisi keluarga. Selain itu pilih waktu menonton yang sesuai. Waktu pagi adalah yang terbaik untuk anak-anak pra-sekolah kerana masih segar dan bertenaga. (ni pun aku tak suka sangat ...)

Berenang
Jika anda dan anak-anak gemarkan aktiviti berenang, apa kata hujung minggu, bawa anak ke kolam renang atau berkelah di air terjun, laut atau sungai. Yang pasti lokasinya mestilah tidak jauh dari kediaman anda. (yang ni??? kehkehkeh tak lah jawabnya)

Melawat Tempat Bersejarah/Muzium
Ada banyak tempat bersejarah di negara kita. Jadi tidak salah kalau memilih lokasi bersejarah sebagai tempat membawa keluarga menghabiskan hujung minggu. Bukan sekadar melihat barang-barang lama tetapi untuk tahu tentang kehidupan dan apa yang dirasai dan dialami oleh datuk moyang kita. Selain berlibur, pengetahuan anak-anak tentang sejarah tempatan turut bertambah. (bolehla ...)

("Aku lebih suka menghabiskan hari minggu aku kat rumah sebenarnya baca segala buku yang aku baru beli ataupun yang ada depan mata aku ... dah namanya hari untuk merehatkan badankan. Korang macam mana pulak??? cer kongsi, cer kongsi ^_^)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

2 comments:

roha Hanapi said...

Habis kalau aku yg tak dok duit nie... mcm mana? ermmmduk umah je lar... huuuu

Aku Budak Kampung said...

ermmm duk umah sambil kemas rumah.kehkehkehkehkehkeh