Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Lawak Si Pengembala Kambing


.Assalamualaikum.

Petang-petang Jumaat ni jom lapangkan kepala dengan senaman muka iaitu "KETAWA". Tapi aku rasa kalau korang baca entry ni bukan "ketawa" tapi semakin buat hati semakin panas membara. kehkehkeh ...

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?”

Gembala : “Oh, boleh saja”

Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”

Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : “Yang putih”

Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”

Pemuda : “Dan yang hitam?”

Gembala : “Yang hitam pun sama.”

Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”

Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : “Yang putih.”

Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”

Pemuda : “Dan yang hitam?”

Gembala : “Yang hitam pun sama.”

Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”

Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : “Yang putih.”

Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”

Pemuda : “Dan yang hitam?”

Gembala : “Yang hitam pun sama.”

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”

Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”

Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”

Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”

Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

("Kalau aku ada kat situasi macam kat atas tu dah lama orang tu aku cubit-cubit pipinya!)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

1 comment:

Unknown said...

jom kita pakat cubit pipi org tu..