Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Apakah Rahsia Lelaki Berjaya




 Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat !

“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.


Siapakah si Dia yang bergelar  A ini ?


Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?

Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?


Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..

Siapakah si Dia yang bergelar  B ini ?

Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?


Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…..

Betullah kata Umar al-Khattab bahawa “Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” .
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Kesimpulannya :
Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

No comments: