Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Jutawan Jadi Tukang Sapu




Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.
Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.

Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.

Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.

“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.

Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.

Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.

Moral : Mmmm bagus betul orang ni didik anak dia dengan cara yang mendatangkan faedah and pengalaman serta susahnya nak cari sesuap nasi tanpa bergantung kemewahan yang ada pada dia. Korang fikir eak, budak-budak sekarang kebanyakkannya semua nak bergantung dengan mak bapak, duit minyak nak mak bapak, nak duit top up mintak mak bapak, sampaikan nak keluar dating pun sampai mintak duit mak bapak. Macam mana tu ??? Sebabnya ??? Ha … korang tanya sendiri kat mak bapak korang ea sebab apa mak bapak korang sanggup beri korang semua tu. Mak bapak korang bagi korang … sebab sayang kat koranglah … tapi janganlah korang salah guna kepercayaan yang mak bapak korang bagi kat korang … mak bapak korang bagi kemewahan kat korang sebab tak nak korang rasa hidup susah … tapi … ada sesetengah orang salah gunakan kepercayaan yang dah mak bapak dia bagi kat dorang. Hargailah pengorbanan yang dah mak bapak kita dah lakukan untuk membesarkan kita … walaupun kemewahan tu bukan titik noktah untuk temui kebahagiaan … tapi sebaliknya kasih sayang, and kejujuran … sekian … ngeh.ngeh.ngeh …


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

No comments: