Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Hingga Hujung Waktu


.Assalamualaikum.

Sebenarnya novel ni fie dah lama baca kasi habis tapi tak sempat nak kongsi dengan korang isi-isi yang ada kat dalam novel ni … first baca novel ni … tetiba je meremang terus bulu roma … tak percaya ??? Korang cari and baca lah isi novel tu … confirm terangkat bontot. Kehkehkehkeh.




Okey, kisah Hingga Hujung Waktu digerakkan oleh misteri sebuah jam antik di Mahligai Cahaya – rumah agam tiga tingkat milik Datuk Osman dan Datin Shamsiah. Jam antik itu akan berbunyi seperti suara perempuan menjerit tepat pukul 12 tengah malam, dan hanya berlaku pada setiap malam jumaat sahaja. Ada cerita disebalik kejadian itu. Klise cerita seram, hantu itu semestinya roh yang tidak tenang. Plus, mesti mangsa itu mati dibunuh dan mayatnya tidak disempurnakan dengan sewajarnya. Maka jadilah ia hantu yang membalas dendam.

 Dalam novel Hingga Hujung Waktu, hantu tu adalah Ayu Aleya yang mati dibunuh oleh Zulkefli, orang suruhan Datuk Osman. Ayu Aleya merupakan perempuan simpanan Datuk Osman. Ini kes cemburu. Mayat Ayu Aleya disembunyikan di dalam sebuah jam antik dan berada di situ selama 4 tahun!!! Datuk Osman dan Zulkefli (suka pada Ayu dalam diam) cemburu bila Ayu Aleya dan Irfan menyintai satu sama lain.  Untuk menghalang hubungan tersebut, Datuk Osman telah menghantar Irfan ke Australia dengan alasan menjaga perniagaannya di sana. Semasa di sanalah, Irfan diberitakan yang Ayu telah hilang tanpa dapat dikesan.
  
Okey, Saidee Nor Azam menggunakan penceritaan imbas kembali untuk menghubungkaitkan perkara yang berlaku. Ia dilakukan dengan sangat teliti dan terperinci. Jadi tidak ada sebab untuk pembaca rasa keliru bila baca sekejap ke belakang sekejap ke depan. Datuk Osman menganggap Irfan Rushidi sebagai anak sendiri sementelah dia dan isterinya tidak memiliki anak. Datuk Osman telah mewariskan segala hartanya kepada Irfan. Selepas kematian Datuk Osman, Irfan terpaksa balik ke Malaysia untuk menguruskan beberapa perkara termasuk mencari Ayu Aleya yang dikatakan hilang. Pencarian itu dibantu oleh Rashdan, seorang penyiasat persendirian. Di sinilah mula terbongkarnya rahsia demi rahsia sehingga menjadi kes polis. Sisi gelap Ayu Aleya mula diketahui dan kematiannya pula mengundang rasa kecewa di hati Irfan. Inspektor Maria yang mengendalikan kes ini pula mula menaruh hati pada Irfan namun hanya bertepuk sebelah tangan. (penuh dengan gimik)
  
Irfan mengambil keputusan untuk kembali ke Australia. Di sana dia bertemu dengan Nur Fazura yang mirip wajah Ayu Aleya. Cinta di hati Irfan berputik kembali. Namun dia tahu Nur Fazura bukanlah Ayu Aleya. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk mengahwini Nur Fazura yang menyintainya sepenuh hati. Berjayakah mereka menyulam kasih hingga hujung waktu? Apa, nak lagi??? kehkehkeh mana boleh … korang carilah novel tu kat pasaran and baca sendiri kasi habis …

(maaf ye kalau ada tersilap or apa … sekian … ^_^)


♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

8 comments:

CiK Bella said...

Tajuk dia macam hingga hujung waktu

mr broken heart said...

bahagia yang tercipta hanya sementara, walau ke hujung waktu

nice quote

Cik Muda said...

fie, jual la buku ni kat sy...hihihi~

Aku Budak Kampung said...


@: Cik Bella

mmm tajuk buku tu memang Hingga Hujung Waktu hehehe... cuma sama macam "Hingga Hujung Nyawa" ^_^

Aku Budak Kampung said...

@: mr broken heart

bahagia selamanya memang diperlukan ... seandainya kita bijak mengaturnya...

Aku Budak Kampung said...

@: Cik Muda

erk... jual??? hehehe tak boleh.tek boleh. ^_^

Sherlyanna Angiela said...

Mummy saya pun ada buku macam ni, dia simpan sebagai koleksi.. saya tidak pernah baca... tebal betul buku ni..hehehe

Aku Budak Kampung said...

@: Sherlyanna Angiela

bacalah... dh habis baca mesti tak nak baca lagi. kehkehkeh