Jom Santai Bersama Mr. Broken Heart

Santai Bersama Roha a.k.a Cinta Tiada AkhirNya

Sakit Itu Anugerah Terindah Daripada Allah



.Assalamualaikum.


Setiap penyakit itu ada ubat dan penawarnya ... kecuali MATI

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".

Kenapa Allah selalu beri kita sakit, kekadang kita tak pernah fikir...Kita makan hak milik Allah, Kita pinjam nikmat Allah..tetapi kita selalu lalai dan leka untuk bersyukur padaNYA..tapi Allah masih kasih dan sayangkan kita lagi..dia beri kita umur yang panjang,kehidupan yang diberkati..

Berbalik kepada apa tujuan Allah beri kita sakit..

1- Melatih diri kita jadi seorang yang sabar

2- Sentiasa menginsafi dosa-dosa yang telah lalu

3- Mendekatkan diri kita kepada Allah

4-Sebahagian dosa-dosa kecil kita akan diampunkan oleh Allah

5- Mendidik dan menyucikan jiwa

6- Allah dekat dengan orang yang sakit

7- Bagi sebagai seorang muslim sakit merupakan rahmat

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:

Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya

("mmm fie bersyukur sangat dapat rasa kesakitan daripada "kanser" yang fie alami selama hampir 8tahun memperjuangkan nasib diri demi meneruskan hidup ... bila di fikirkan memang sakit sangat masa badan dok di cucuk sana, cucuk sini dah macam bahan experiment dibuatnya ... tiap-tiap minit mesti nak kena amik sample blood ... Bonda Tercinta la yang sentiasa ada kat sisi fie masa fie dilabel sebagai "mayat hidup". kawan-kawan menjauhkan diri ... memang sedih sangat macam tu ... tapi alhamdullilah sekarang ni fie sihat dengan hendakNya ... rasa bersyukur yang teramat sangat … jadi korang yang mempunyai masalah kesihatan … jangan sesekali mengeluh “kenapa mesti aku” sebab semua tu anugerah daripada Allah … Perbanyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan, ingat …. Jangan sesekali kita mengeluh … yakinlah bahawa Allah sentiasa ada dengan kita… ”)



♥ Kerana Dirimu Begitu Berharga ♥

6 comments:

CiK Bella said...

Betul tu.
tapi, mencegah itu adalah lebih baik. jangan pla kita sengaja cari penyakit kan :)

Aku Budak Kampung said...

@: Cik Bella

betul.betul.betul. mencegah adalah lebih baik ... tapi kalu dh takdir memang tak boleh nak cegah ...kita cuma boleh memohon d permudahkan segalanya ... ^_^

puteri said...

betul tu -.- .sakit tu jgk penghapus dosa...hihi

Aku Budak Kampung said...

@: puteri

betul.betul.betul.^_^

ANISRAHIM said...

Alhamdulillah, sakit menghapuskan dosa2 kita :)

Aku Budak Kampung said...

@: ANISRAHIM

batul tu ... :)